IPOH – Kerajaan Negeri Perak merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa kemalangan bas yang membawa 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Gerik awal pagi tadi.
“Mendapat khabar duka akan tragedi kemalangan yang telah meragut nyawa anak-anak mahasiswa UPSI awal pagi tadi.
‘Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Perak merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat.,” kata Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.
Beliau turut mendoakab semoga keluarga mangsa dikurniakan ketabahan dan kekuatan di atas kehilangan ini.
“Mudah-mudahan Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka & mengangkat mereka dalam kalangan para syuhada,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi 15 mangsa disahkan meninggal dunia dan 14 daripadanya adalah penuntut UPSI.
Seorang lagi yang terkorban adalah kelindan bas. – MalaysiaGazette