Kerajaan Perak ambil kira kebimbangan penduduk isu Hutan Kledang Saiong

LENGGONG – Kebimbangan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar berkaitan aktiviti pembukaan tanah di kawasan hutan Kledang Saiong di Ipoh dalam perhatian Kerajaan Negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kawasan berkenaan dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan perlu merujuk kepada anak syarikat kerajaan negeri itu.

“Tapi kita ambik kiralah kebimbangan orang ramai itu. Apa yang pasti memang kena dapatkan KM (Kebenaran Merancang) dan ia bukan mudah, sangat ketat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas hadir ke Program Jelajah Sejahtera Desaku@Kota Tampan dan Kenduri Rakyat di Dataran Tasik Raban, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Mengulas lanjut Saarani berkata, sebarang kawasan tanah yang ingin dibangunkan ketika ini tidak boleh dibuat tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa termasuklah kawasan berkenaan.

“Itu tanah PKNPk. Jadi saya nak jawab pun tak berapa tepat, kena dapat maklumat daripada PKNPk sebab setiap pembangunan tanah sekarang ini kena ada KM.

“Dia kena hantar permohonan dahulu dan selepas itu jabatan berkaitan iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kena pastikan pelan itu ada mitigasi dan yang penting ada ‘buffer zone’ (zon penampan) yang perlu dipatuhi,” katanya.

Terdahulu media melaporkan aktiviti pembukaan tanah di kawasan hutan Kledang Saiong dekat Chepor di sini, mencetuskan kebimbangan kalangan komuniti setempat memberi kesan banjir buruk dan tanah runtuh.

Kawasan penerokaan yang dimulakan sekitar empat tahun itu dikatakan semakin luas dan telah hampir dengan kawasan penempatan penduduk terutama Taman Chepor Indah dan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Batu 10 dengan jarak kurang 100 meter. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Elak Hutan Simpan Diceroboh, Perak Tambah Penguat Kuasa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI