JPN diarah siasat insiden pelajar cedera tertusuk besi di tangga sekolah

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menjalankan siasatan susulan insiden seorang pelajar cedera di tangan akibat tertusuk besi pemegang berkarat di tangga sebuah sekolah, di sini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, pihak kerajaan negeri turut meluahkan rasa simpati terhadap pelajar terbabit dan memberi jaminan bahawa tindakan segera akan diambil berhubung perkara itu.

Menurutnya, selain itu, JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara juga akan membuat penilaian bagi mengenal pasti bagaimana kejadian itu berlaku mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Keadaan fizikal sekolah itu perlu diberi perhatian khusus kerana ia melibatkan keselamatan pelajar. Kita tidak akan berkompromi dan mengharapkan supaya pihak sekolah dapat membuat laporan segera berkaitan dengan kerosakan yang di bangunan tersebut.

“Jadi, saya berharap selepas ini kita akan dapat satu laporan penuh daripada PPD Kinta Utara berhubung kejadian yang menimpa pelajar terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja Bersama Keluarga dan Rakan-Rakan di Miker Signature di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Khairudin turut mengingatkan sekolah-sekolah untuk mematuhi prosedur dengan mengemukakan laporan segera apabila berlaku kemalangan membabitkan pelajar.

“Setiap kali berlaku kecederaan terhadap pelajar, sekolah mesti mengemukakan laporan mengikut SOP, satu hari, tiga hari dan tujuh hari. Ini bagi memastikan PPD dan JPN mendapat maklumat yang tepat untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut memberi amaran kepada mana-mana sekolah yang cuba menyembunyikan kejadian seperti ini.

“Sesetengah sekolah cuba menyembunyikan perkara ini melibatkan pelbagai faktor tetapi  saya ulangi mereka mesti mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling KPM

“Kalau tidak mematuhi maknanya pihak pengurusan sekolah tidak akur kepada pekeliling yang dikeluarkan dan kita mahu kejadian berbangkit pada kemudian hari yang akan menyusahkan dari segi prosedur dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau menambah, setakat ini belum menerima laporan rasmi mengenai insiden tersebut menerusi media sosial.

Semalam, Malaysia Gazette melaporkan ibu kepada seorang pelajar mendakwa tangan anaknya mengalami kecederaan akibat tertusuk besi pemegang berkarat di tangga sebuah sekolah di sini pada Khamis lalu.

Akibat kecederaan itu, ibu pelajar terbabit mendakwa bahawa dia terpaksa membawa anaknya ke hospital swasta dengan kos hampir RM10,000 selepas gagal menerima rawatan segera di hospital kerajaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Murid dipukul guru: JPN lengkapkan laporan penuh siasatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI