Kerajaan Perak bantu kebajikan, pengajian empat beradik yatim piatu

IPOH – Kerajaan Perak akan memberikan bantuan sewajarnya terutamanya dari segi kebajikan dan pendidikan terhadap empat beradik yang kehilangan ibu bapa dalam nahas jalan raya di Kilometer 3.4 Jalan Gopeng-Kota Bharu, dua tahun lalu.

Keempat beradik terbabit adalah Nur Fatin Syafika Mohd Ramddan, 20; Muhammad Ikman, 19; Muhammad Aiman Daniel, 15, dan Nur Fatihah, sembilan kini tinggal di rumah peninggalan arwah kedua ibu bapa mereka di Kampung Serkai Jadi, Tronoh.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, kerajaan negeri bersama agensi berkaitan antaranya Yayasan Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Penghulu Mukim dan kepimpinan tempatan telah mengadakan ziarah cakna anak-anak terbabit pada Isnin lalu.

Menurutnya, perjumpaan itu dilakukan susulan tular di media sosial oleh pihak tertentu berhubung adik beradik terbabit didakwa telah diabaikan.

“Dalam proses perjumpaan itu kita akan pastikan empat beradik itu akan mendapat pendidikan yang sewajarnya.

“Kita akan menyantuni anak-anak yatim ini dengan membantu memperbaiki taraf kehidupan mereka, membimbing intervensi dalam aspek pendidikan dan kerjaya serta menyediakan sokongan emosi termasuk psikologi kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Kolam Hidroterapi Atlet Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak di Seladang Sports Hub, MSN Perak, di sini pada Rabu.

Katanya, anak sulung perempuan akan diberikan sesi konsultasi berkaitan laluan kerjaya dan membantu merancang sesi pengajian yang sesuai.

“Anak sulung, sebenarnya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) tetapi akibat kekangan kewangan dan perlu menjaga adik-adiknya hasrat untuk menyambung pengajian terpaksa ditangguhkan.

“Kita sedang usaha untuk bantu dia (Fatin) supaya dia dapat meneruskan pengajian dalam bidang yang dia sukai antara dalam perbincangan itu dia ada menyatakan untuk menyambung pengajian dalam bidang Farmasi atau Pendidikan Awal Kanak-kanak

“Perkara ini telah diteliti dan mungkin kita akan berkerjasama dengan universiti tempatan bagi ruang dan peluang kepada Fatin memandangkan dia memperoleh keputusan cemerlang 6A, 3B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” jelasnya.

Beliau berkata, bagi anak kedua, mungkin dia akan ditempatkan di Kolej Komuniti Atau Giat Mara dan dibantu PASAK.

“Manakala, Aiman (anak ketiga) dalam proses kemasukan semula ke sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yusofdan akan tinggal di asrama dibantu Yayasan Perak dari segi inisiatif pembelajaran RM200 setiap bulan.

“Bagi anak bongsu akan terus di santuni majlis guru Guru Besar Kinta Selatan dan dibantu oleh nenek dalam memastikan kebajikan dan pembelajaran berjalan lancar,” ujarnya.

Tambahnya, mereka turut menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM1,000 dan pencen terbitan arwah baoa mereka. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MSN Perak majlis sukan pertama dilengkapi kolam hidroterapi bernilai RM1.92 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI