Kerajaan Perak sangkal dakwaan isu ladang ternakan babi

TAPAH – Kerajaan Negeri Perak menyangkal dakwaan terdapat lebih 30 ladang ternakan babi di daerah Batang Padang dan Muallim.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata hanya terdapat 21 ladang babi yang diluluskan di kedua-dua daerah itu.

“Di (Dewan Undangan Negeri) Ayer Kuning, hanya terdapat sembilan ladang dan tiga daripadanya telah diluluskan untuk ditukar kepada konsep Ladang Babi Moden (MPF), manakala baki enam lagi dalam proses kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Chittirai di Dewan Serbaguna Air Kuning yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad mendakwa terdapat 30 ladang babi yang diluluskan serta berlesen di dua daerah berkenaan dengan jumlah itu mungkin lebih tinggi jika dicampurkan dengan ladang haram.

Sivanesan berkata pemodenan ladang ternakan babi antara penstrukturan semula yang dilaksanakan kerajaan negeri dan perkara itu akan dijelaskan lebih terperinci dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan.

“Kita telah mengambil tindakan penutupan ladang babi kerana tidak menepati syarat penstrukturan semula ladang ternakan dan inilah yang kita lakukan sepanjang 26 bulan Kerajaan Perpaduan di Perak,” katanya. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI