Kereta mewah, barangan peribadi Vida dilelong RM1 juta

IPOH – Sebanyak 727 barangan peribadi serta tiga buah kenderaan mewah milik Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berjaya dilelong pada harga RM1 juta.

Kesemua aset Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu dibida seorang ahli perniagaan pada sesi lelongan di kediaman Vida di Meru Heights, di sini, pada Khamis.

Antara barangan mewah yang dilelong pada sesi berkenaan adalah Toyota Velfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7 selain pelbagai barangan peribadi seperti piano, gitar elektrik, set sofa, set meja makan dan lain-lain.

Proses lelongan bermula jam 10.30 pagi itu menyaksikan seramai dua ahli perniagaan hadir membida barangan milik Vida sebelum keputusan diumumkan sekitar jam 1.40 petang.

Dalam keputusan berkenaan, Pelelong Berlesen S. Punithawathi mengumumkan seorang Ahli Perniagaan, Norzamri Abdullah berjaya membina barangan milik Vida dengan harga RM1 juta.

Terdahulu media melaporkan proses lelongan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik Vida bakal dilakukan pada hari ini selepas tertangguh sejak Disember tahun lalu.

Menerusi notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruang iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeri tempatan semalam, jualan tersebut dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd pada Vida.

Ia susulan kegagalan Vida membuat bayaran dengan jumlah sebenar yang tertunggak kepada syarikat subkontraktor AH Design Communication. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI