Kerjasama media, PDRM penting untuk tangani persepsi buruk

IPOH – Agensi media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus sentiasa bekerjasama dalam memain peranan menangani sebarang persepsi buruk terhadap badan unit beruniform itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, maklumat sahih yang disampaikan menerusi media dapat menghalang rakyat atau warganet di luar daripada membuat andaian sendiri terhadap sesuatu cerita sebenar.

Katanya, justeru beliau berharap hubungan itu dapat dipereratkan lagi dalam usaha penyaluran maklumat benar kepada masyarakat khususnya berhubung kejayaan-kejayaan polis di Perak.

Media PDRM polis persepsi buruk Azizi perak maklumat
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berucap pada Majlis Bual Bicara Ketua Polis Perak Bersama Pengamal Media Negeri Perak di Hotel Excelsior Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 JULAI 2024.

“Sejak akhir-akhir ini, terdapat kumpulan atau individu yang menggunakan media sosial untuk mencemarkan imej PDRM di dalam dan luar negara.

“Maklumat yang disebarkan melalui internet adalah sesuatu yang boleh dieksploitasi mengikut kehendak pihak yang mempunyai agenda-agenda tertentu dalam membentuk persepsi pengguna.

“Kita perlu bersiap siaga bekerjasama dengan media dengan memasang strategi untuk menepis persepsi jahat segelintir masyarakat kepada PDRM,” katanya.

Media PDRM polis persepsi buruk Azizi perak maklumat
Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP), Sayed Mohd Hesham Syed Idris (dua, kiri) menyerahkan cenderahati kepada Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris (dua, kanan) pada Majlis Bual Bicara Ketua Polis Perak Bersama Pengamal Media Negeri Perak di Hotel Excelsior Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ketua Polis Perak Bersama Media Negeri Perak di Hotel Excelsior, di sini, pada Jumaat

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat; ketua-ketua jabatan Kontinjen Perak dan ketua-ketua polis daerah.

Dalam majlis berkenaan, lebih 50 pengamal media Perak diraikan meliputi wakil media cetak, elektronik serta portal berita dalam talian.

Pada masa sama, Azizi berkata, media diibaratkan sebagai jambatan kerana ia adalah medium atau perantara saluran maklumat PDRM kepada rakyat.

Di samping itu, beliau menyaran warga Polis Perak untuk mendalami makna buku purba China, ‘The Art Of War’ atau Seni Peperangan yang dihasilkan Sun Tzu, seorang general dan pakar strategi.

Media PDRM polis persepsi buruk Azizi perak maklumat
Sebahagian pengamal media perak hadir ke Majlis Bual Bicara Ketua Polis Perak Bersama Pengamal Media Negeri Perak di Hotel Excelsior Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 JULAI 2024.

Jelas beliau, Sun Tzu mengajar beberapa strategi yang boleh diadaptasikan dalam kehidupan seharian sekali gus mampu membawa perubahan baik kepada organisasi.

“Kita perlu bijak menggunakan kuasa yang dimiliki untuk menepis ancaman, namun jangan sampai kita menyalahgunakan kuasa.

“Salah satu strategi Sun Tzu, apabila musuh kuat, kita undur dan apabila musuh lalai, maka itulah waktu yang sesuai untuk kita bertindak.

“Begitu juga dalam menangani persepsi buruk rakyat terhadap PDRM, kita perlu tahu bila masanya untuk kita diam dan bila masa sesuai untuk kita bangkit bersuara,” kata Azizi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kes bunuh Farah Kartini, tidak adil salahkan PDRM

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI