Kertas siasatan Nuraina Humairan dalam peringkat akhir – Polis

LENGGONG – Polis sedang melengkapkan kertas siasatah berhubung kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di Sungai Siput minggu lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, kertas siasatan berkenaan telah berada di peringkat akhir untuk dilengkapkan.

Katanya, selepas ini kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk proses pendakwaan di mahkamah.

Kata beliau, pihaknya juga telah merakam percakapan beberapa individu termasuk ahli keluarga, kenalan dan penduduk bagi membantu siasatan.

“Dalam proses melengkapkan kertas siasatan ini, semua elemen telah diambil kira termasuk saksi dan pandangan pakar.

“Kesemua yang kita peroleh ini akan kita kemukakan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Lawatan Kerja Ketua Polis Perak ke Tapak Kerja-kerja Pembaikan Kuaters Balai Polis Lenggong, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood; Ketua Jabatan Logistik IPK Perak, Superintendan Hisyamuddin Mohd Baharin dan Jurutera Jalan JKR Daerah Hulu Perak, Suffian Buhari.

Pada Isnin MG Perak melaporkan, seorang remaja lelaki direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Sungai Siput selepas dipercayai terbabit dengan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun Sabtu lalu.

Perintah reman sehingga 25 Ogos ini, dikeluarkan Majistret Nurul Asyifa Redzuan terhadap suspek berusia 17 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mangsa Nuraina Humaira Rosli,10, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat ditemukan maut dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya dekat perkampungan Orang Asli Kampung Bersah.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata, kanak-kanak yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) diklasifikasikan semula kepada kes bunuh selepas hasil bedah siasat mendapati wujud unsur jenayah.

Beliau tidak menolak kemungkinan mangsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh susulan hasil penemuan pada proses bedah siasat. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kes bunuh Nuraina Humaira adalah pertama berlaku di kampung ini – Tok Batin

Kes kematian Nuraina Humaira: Remaja lelaki Orang Asli direman tujuh hari

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI