Kes bunuh Farah Kartini, tidak adil salahkan PDRM

KUALA LUMPUR – Adalah tidak adil untuk menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes melibatkan pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah walaupun suspek kes itu ialah anggota polis.

Naib Presiden Gerakan, Datuk Baljit Singh berkata, PDRM berkomitmen untuk menegakkan keadilan dan memastikan setiap individu yang melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan, tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan pengamal undang-undang memohon orang awam tidak membuat andaian atau kesimpulan yang boleh mencemarkan nama baik keseluruhan institusi PDRM berdasarkan tindakan segelintir individu.

“Jangan disebabkan ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’. PDRM sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa lain yang terlibat untuk memastikan siasatan berjalan dengan lancar dan adil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nur Farah Kartini, 25, yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan 10 Julai lalu, ditemui mati di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, Isnin lalu, dipercayai akibat dibunuh individu dikenali mangsa.

Susulan itu, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Perak ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah Baljit, Gerakan juga akan cuba memberikan perkembangan terkini mengenai kes itu khususnya dari sudut perundangan kepada orang awam bagi membantu pihak PDRM menangani tanggapan negatif terhadap pihak berkuasa berkenaan.

Katanya, orang ramai dinasihatkan memberi sokongan dan kepercayaan dalam usaha PDRM untuk menegakkan undang-undang dan ketenteraman negara.

“Beri ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan teliti dan adil,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan:

Keluarga Nur Farah Kartini harap urusan tuntutan jenazah dipercepatkan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI