Kes bunuh istiqomah: Polis Perak akan beri kerjasama jika perlu

IPOH – Polis Perak akan memberi kerjasama sekiranya diminta untuk membantu siasatan berhubung kes pembunuhan guru, Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, bagaimanapun, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang arahan untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Setakat ini, ia bergantung kepada pegawai penyiasat di Melaka. Jika pegawai penyiasat berjaya mengesan sesuatu bahan bukti yang menjurus di Perak, sudah tentu kita akan membantu.

“Bagaimanapun, sehingga ini masih belum ada lagi,“ katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan misteri kehilangan guru sejak tujuh bulan lalu terungkai apabila polis mengesahkan identiti mayat wanita ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di Melaka adalah Istiqomah menerusi ujian deoxyribonucleic asid (DNA).

Susulan penemuan itu, polis menahan suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, di sini, pada 5 Ogos lalu.

Reman ke atas suspek lelaki dijalankan Melaka sehingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah

Masih ada anggota badan Cikgu Istiqomah belum ditemui – Polis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI