Kes cederakan ibu: Mahkamah arah lelaki jalani rawatan psikiatri

KUALA KANGSAR – Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini mengarahkan seorang lelaki yang sepatutnya didakwa mencederakan ibu dan adik lelakinya menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan.

Hakim, Rohaida Ishak membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan supaya tertuduh, Mohamad Helmi Hamzah, 29, untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Arahan berkenaan dikeluarkan selepas tertuduh yang tidak diwakili peguam itu tidak faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Helmi dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas ahli keluarganya, Noraina Ismail, 54, dengan menggunakan spanar plug iaitu suatu alat yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang mungkin menyebabkan kematian.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam sebuah rumah di Kampung Bongor, Gerik pada jam 6.30 pagi, 21 Mei lalu.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.

Sabit kesalahan, di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Kes cederakan ibu: Mahkamah arah lelaki jalani rawatan psikiatri
Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan mencederakan ibunya menggunakan spanar plug pada 21 Mei lalu. Tertuduh, Mohamad Helmi Hamzah, 29, didakwa melakukan perbuatan itu di dalam sebuah rumah di Kampung Bongor, Gerik pada jam 6.30 pagi. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MAY 2024.

Bagaimanapun, untuk pertuduhan kedua bagi kesalahan tertuduh mencederakan adiknya, tidak dibacakan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 24 Jun depan bagi sebutan semula kes tersebut selepas menerima laporan pemeriksaan psikiatri oleh pihak hospital.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki mencederakan ibu dan adik lelakinya menggunakan spanar dan pisau dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bongor di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya selepas kedua-dua mangsa hadir dalam keadaan luka dan berdarah di Balai Polis Bersia pada jam 7.50 pagi.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika wanita berusia 54 tahun itu sedang solat sebelum dia diserang suspek berusia 29 tahun yang bertindak memukulnya. Adik lelaki suspek berusia 15 tahun telah melihat abangnya memukul ibu mereka pada bahagian muka dan atas badan sebelah kiri. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suami ugut bakar, cederakan isteri guna cecair lilin ditahan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI