Kes lepas lima das tembakan: KP Perak sifatkan tindakan wajar

IPOH – Tindakan anggota polis melepaskan lima das tembakan amaran ke atas kenderaan yang dinaiki enam individu kerana melanggar sekatan jalan raya (SJR) di Sungai Lebey, Gerik, awal pagi semalam adalah  wajar dan mengikut prosedur ditetapkan.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, pihaknya mempertahankan tindakan anggota itu dalam siasatan yang dijalankan berkaitan insiden tersebut.

Tambahnya, suspek terbabit melanggar, memecut serta tidak memberhentikan kenderaan ketika pemeriksaan SJR dan tindakan itu membahayakan anggota bertugas.

“Budak (anggota) buat kerja bagus…Saya pertahankan dan bagi semangat namun kita masih akan siasat kes tersebut.

“Sehubungan itu, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Mohd Yusri berkata demikian selepas ditanya dakwaan pihak tertentu bahawa anggota terbabit mungkin berdepan tindakan pihak atasan disebabkan tembakan yang dilepaskan itu disiasat mengikut peruntukan Akta Senjata 1960.

Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi semalam, polis terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah kereta Proton Perdana yang menyeludup masuk warga asing di Kuala Pegang, di sini, awal pagi tadi susulan meloloskan diri daripada sekatan jalan raya sejauh 70 kilometer di Sungai Lebey, Gerik.

Anggota peronda MPV Gerik kemudian menjalankan ‘Op Kesan’ di kawasan sekitar lokasi terbabit sebelum menemui kereta itu di sebuah stesen minyak di Kuala Rui, Gerik.

Bagi mengelakkan kereta suspek melanggar kenderaan lain, anggota polis MPV Gerik memberi amaran melalui alat pembesar suara kenderaan sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun pemandu kereta terbabit enggan menghentkan kenderaan itu menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan tembakan amaran ke arah tayar kereta suspek.

Lima das tembakan dilepaskan yang mana dua daripadanya terkena bonet kereta manakala tiga lagi tersasar.

Pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit menemui empat warga asing terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 23 hingga 39 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dua daripada suspek yang dipercayai pemandu dan penumpang hadapan kereta berkenaan melarikan diri di bawah jambatan sebelum menghilangkan diri namun seorang daripadanya bagaimanapun berjaya ditahan jam 3 petang semalam di Stesen Bas Gerik.

Sehubungan itu, Polis Daerah Baling, Shamsudin Mamat dilaporkan berkata, IPD Baling akan menyiasat tembakan yang dilepaskan anggota polis terbabit sama ada mengikut prosedur ditetapkan sewaktu tindakan dilakukan, mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Selain itu katanya, siasatan di bawah Seksyen 26A Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (Atipsom) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 turut dijalankan oleh IPD Gerik. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kes tembak KLIA: Rakyat tak perlu bimbang, kawalan pintu sempadan dipertingkatkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI