Kes minta, terima rasuah: Penolong pegawai PBT direman

IPOH: Seorang penolong pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000.

Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret S. Punitha.

Tempoh reman itu dipohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lelaki yang juga Penolong Pegawai Perancang Bandar itu ditahan pada jam 5.45 petang Khamis, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya, dekat sini.

Difahamkan, tangkapan ke atas suspek dibuat kerana dipercayai lelaki itu meminta dan menerima suapan daripada pemilik premis perniagaan.

Ia sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kes minta, terima rasuah Penolong pegawai PBT direman mahkamah lelaki suspek
Seorang penolong pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) direman empat hari di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap SPRM tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 10.02 pagi sebelum dibawa keluar hampir sejam kemudian.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Luluskan pinjaman RM3 juta: Kakitangan bank terima rasuah ditahan SPRM

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI