Kes rogol hingga hamil: Polis tahan seorang lagi suspek bantu siasatan

GERIK – Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan bagi membantu siasatan berhubung kejadian rogol melibatkan seorang remaja perempuan di Lenggong pada April lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditahan pada Selasa.

Katanya, lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Polis menerima laporan berkaitan seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 tahun dipercayai telah dirogol. Hasil pemeriksaan lanjut pihak Klinik Kesihatan Lenggong mengesahkan mangsa mengandung.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Menurut beliau, suspek pertama telah ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin.

Semalam, media melaporkan remaja berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan kejadian rogol melibatkan seorang remaja perempuan di Lenggong, empat bulan lalu.

Satu laporan polis telah dibuat mangsa berusia 17 tahun apabila mendapati dirinya mengandung tujuh bulan selepas melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Lenggong.

Susulan itu, remaja lelaki yang dipercayai kenalan mangsa ditahan polis di rumahnya di Lenggong pada malam Isnin. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Remaja lelaki direman, rogol kenalan sebaya sehingga hamil

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI