Kes tembak Simpang Pulai: Anggota polis dipindahkan ke Sarawak

IPOH – Seorang anggota polis berusia yang selepas ditembak dan ditikam ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Simpang Pulai pada 7 September lalu telah dipindahkan ke kampung halaman di Sarawak.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pertukaran anggota berusia 26 tahun berkenaan dibuat selepas mengambil kira faktor kebajikan memandangkan anggota itu tidak mempunyai ahli keluarga terdekat di Semenanjung.

kes tembak Simpang Pulai anggota polis ditembak Simpang Pulai, polis Perak Sarawak, kes tembakan Perak, Polis Perak, suspek tembakan Simpang Pulai, jenayah Simpang Pulai
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin pada sidang media Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Tahun 2025 di Kilang Unisem Ipoh, Bandar Pulai Jaya, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 DISEMBER 2025.

“Kita telah membuat permohonan kepada Bukit Aman untuk memindahkan anggota terbabit ke Sarawak dan beliau telah memulakan tugas.

“Ia bagi memudahkan urusan rawatan susulan kerana beliau tidak mempunyai keluarga di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya (Op Kerja) Tahun 2025 di Unisem dekat Kawasan Perindustrian Pulai Jaya, Simpang Pulai, pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisam memaklumkan, suspek kes tembakan berkenaan dipercayai masih berada di luar negara dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan

“Setakat ini, suspek dipercayai masih berada di luar negara dan pihak polis masih meneruskan usaha mengesan keberadaannya melalui kerjasama dengan kerjasama Bukit Aman dan beberapa entiti lain yang berkaitan ,” katanya.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, anggota polis dari Balai Polis Simpang Pulai terkena tembakan di bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh di kebun kelapa sawit berhampiran sebuah kilang di Simpang Pulai.

Pemeriksaan lanjut terhadap kereta suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang kenderaan terbabit.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil Unisem pada Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Tahun 2025 di Kilang Unisem Ipoh, Bandar Pulai Jaya, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 DISEMBER 2025.

Susulan itu, seramai sembilan individu termasuk seorang wanita direman bagi membantu siasatan, namun dibebaskan dengan jaminan.

Dalam perkembangan berasingan, Noor Hisam berkata, Polis Perak sentiasa bersiap siaga daripada segi kekuatan anggota dalam berdepan gelombang kedua banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL).

“Semasa gelombang pertama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah menubuhkan pasukan petugas khas atau ‘task force’ yang memantau situasi banjir 24 jam di negeri ini.

“Dan untuk gelombang kedua, sekiranya kita mendapati situasi terkini memerlukan, maka petugas khas berkenaan akan kembali diaktifkan semula,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sembilan Individu Direman Kes Penemuan Mayat Dalam Kereta, Tembak Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI