Kes Yap Xin Yuan: Reman tiga suspek disambung lima hari

Reman ke atas tiga suspek berhubung penemuan mayat remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan, di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat pada 28 Dis lepas disambung lima hari hingga 10 Dis ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata siasatan akan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Khamis lepas polis mengesahkan mayat reput yang ditemukan RTB Sungai Changgang itu ialah mayat Yap selepas hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan.

Polis dilaporkan menumpukan aspek perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan dalam siasatan bagi mengenal pasti motif pembunuhan remaja perempuan berkenaan.

Yap sebelum itu dilaporkan hilang ahli keluarganya selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras, pada 19 Dis lepas.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI