Kesalahan merokok: Perak keluar hampir 9,000 notis

BAGAN SERAI – Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengeluarkan 8,795 notis kesalahan merokok termasuk di tempat awam dengan jumlah keseluruhan denda bernilai RM2.20 juta sepanjang tahun lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri, A Sivanesan berkata, kesemua notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 585 notis dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri di Daerah Kerian dengan denda bernilai RM146,250 dalam tempoh sama.

notis kesalahan merokok negeri perak jabatan kesihatan juta Sivanesan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan ketika sesi sidang media Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak 2024 dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Kerian 2024 di Bukit Merah Laketown Resort, Kerian. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 JULAI 2024.

“Setakat Januari sehingga Jun tahun ini, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengeluarkan 5,483 notis larangan merokok dengan kutipan hasil bernilai RM1.40 juta.

“Dan daripada jumlah itu untuk di Kerian sahaja, sebanyak 411 notis sama dikeluarkan dengan membabitkan nilai keseluruhan RM102,750,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Perak Dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Kerian 2024 di Bukit Merah Laketown Resort, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak (Kesihatan Awam), Dr Noor Rizawati Mahpot yang mewakili Pengarah Kesihatan Negeri.

notis kesalahan merokok negeri perak jabatan kesihatan juta Sivanesan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan bergambar kenangan ketika hadir ke Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak 2024 dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Kerian 2024 di Bukit Merah Laketown Resort, Kerian. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 JULAI 2024.

Ujar Sivanesan, Jabatan Kesihatan memandang serius terhadap gejala merokok dalam kalangan masyarakat kerana ia merupakan faktor utama kepada pelbagai penyakit kronik seperti jantung koronari, kanser dan paru-paru.

Malah katanya, gejala tidak sihat itu yang turut mempengaruhi golongan remaja bawah 18 tahun ketika ini harus diberi perhatian.

Justeru beliau berharap Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 atau Akta 852 yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya Ogos depan akan membantu menurunkan jumlah perokok dalam negara.

notis kesalahan merokok negeri perak jabatan kesihatan juta Sivanesan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan (tengah) melawat reruai pameran pada Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak 2024 dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Kerian 2024 di Bukit Merah Laketown Resort, Kerian. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 JULAI 2024.

“Kita percaya akta yang digubal itu akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha membendung gejala merokok daripada terus berleluasa dalam kalangan masyarakat.

“Di samping itu, saya berharap semua pihak dapat memainkan peranan dalam menyebarluaskan kempen antimerokok kepada semua platform media,” katanya lagi.

notis kesalahan merokok negeri perak jabatan kesihatan juta Sivanesan
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak (Kesihatan Awam), Dr Noor Rizawati Mahpot ketika sesi sidang media Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak 2024 dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Kerian 2024 di Bukit Merah Laketown Resort, Kerian. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 JULAI 2024.

Dalam pada itu Dr Noor Rizawati memberitahu, pihaknya yakin Akta 852 dilihat juga mampu membendung gejala merokok melalui penggunaan rokok elektronik termasuk kepada golongan remaja.

“Akta berkenaan amat diperlukan bagi kita dapat mendaftarkan (bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang) serta berhubung penjualan bahan nikotin dalam bentuk selain daripada rokok tradisional,” ujarnya.

Pada awal Julai media melaporkan, KKM bakal menguatkuasakan sepenuhnya peraturan dan perintah di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 Ogos depan.

Antara peraturan yang termaktub mengikut akta itu termasuk pendaftaran, penjualan, pembungkusan dan pelabelan serta satu perintah berkaitan larangan merokok di tempat awam.

Juga dilaporkan, semua peraturan dan perintah itu akan dikuatkuasakan serentak dengan Akta 852 termasuk rokok elektronik. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis Marin rampas rokok bernilai RM877,800

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI