Kesejahteraan rakyat acuan dalam pembangunan Perak

KERAJAAN Negeri Perak sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan rakyat dalam setiap siri belanjawan yang dibentangkan, meskipun negeri ini sedang bergerak pantas ke arah pembangunan industri berskala besar.

Prinsip bahawa pembangunan fizikal perlu seiring dengan pembangunan sosial terus menjadi pegangan utama pentadbiran negeri dalam merangka dasar dan penyaluran peruntukan kewangan.

Peningkatan peruntukan sebanyak RM89.8 juta kepada RM718.5 juta bagi fokus kesejahteraan rakyat di bawah Belanjawan Perak 2026 jelas mencerminkan iltizam kerajaan negeri untuk memastikan hasil pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat.

kesejahteraan rakyat Belanjawan Perak 2026 pembangunan sosial Perak, Salbiah Mohamed Belanjawan Perak, Perak Sejahtera 2030 kesejahteraan, dasar kebajikan negeri Perak, membasmi kemiskinan tegar Perak
Gambar hiasan. Suasana sekitar Kilang Kenderaan Elektrik (EV) Proton di Proton Tanjung Malim, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 SEPTEMBER 2025.

Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed, menegaskan bahawa kesejahteraan rakyat bukan sekadar slogan, sebaliknya diterjemahkan melalui pendekatan bersasar, bersepadu dan berasaskan data.

Pendekatan tersebut menjadi semakin signifikan apabila Perak kini berada dalam fasa peralihan ekonomi yang menyaksikan kemasukan pelaburan serta pembangunan zon industri

Ketika menggulung perbahasan Belanjawan Perak 2026, Salbiah berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha menyeimbangkan keperluan pertumbuhan ekonomi dengan tuntutan keadilan sosial.

Pendekatan bersepadu kebajikan, pembangunan sosial

Kata beliau, antara inisiatif utama yang mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri ialah pelaksanaan Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Negeri Perak.

Salbiah berkata, ia mengguna pakai pendekatan bersepadu merentas semua agensi kerajaan bagi membasmi miskin tegar dan mengelakkan isi rumah miskin jatuh daripada jatuh ke kategori tersebut.

kesejahteraan rakyat Belanjawan Perak 2026 pembangunan sosial Perak, Salbiah Mohamed Belanjawan Perak, Perak Sejahtera 2030 kesejahteraan, dasar kebajikan negeri Perak, membasmi kemiskinan tegar Perak
Gambar hiasan. Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir ke Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Negeri Perak Tahun 2024 di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik, Perak.
Program ini telah menghimpunkan peserta eKasih terutamanya yang berstatus Miskin Tegar ke dalam satu platform pemadanan, peluang-peluang bantuan, peningkatan pendapatan dari pekerjaan yang disediakan oleh agensi Kerajaan dan swasta. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 JUN 2024.

“Pelaksanaan OSC dipacu oleh Taskforce Pejabat Daerah yang bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Perak.

“Pasukan ini menyelaras data, menjalankan verifikasi rumah ke rumah dan menilai keperluan sebenar setiap keluarga.

“OSC telah diadakan di 24 mukim yang telah dikenal pasti mempunyai bilangan miskin tegar atau miskin yang tinggi,” kata beliau.

Jelas Salbiah, pendekatan terhadap pelaksanaan usaha itu adalah mahu memastikan tiada keciciran dan pertindihan bantuan, di samping setiap keluarga menerima intervensi yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Gambar hiasan. Suasana sekitar Majlis Penyerahan Bantuan Kad Perak Sejahtera (KPS) Daerah Kinta di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 FEBRUARI 2025.

Pada masa sama beliau berkata, kerajaan negeri berada di fasa akhir atau peringkat pemurnian terhadap penggubalan Dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Sejahtera Sosial Negeri Perak.

Menurut beliau, ia dirangka secara inklusif dengan penglibatan semua pihak termasuk wakil rakyat dari blok pembangkang, sebagai tanda komitmen bersama dalam membina kesejahteraan sosial negeri.

Gambar hiasan. Penerima Kad Perak Sejahtera, Nur Nabilatul Awiryah Azahar 31, bersama anaknya selepas Program Ziarah Kasih Bersama Kak Sal dibawah insiatif membasmi kemiskinan di kediamannya di Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 MAY 2024.

“Dasar dan pelan tindakan itu merupakan sebuah kerangka menyeluruh yang merangkumi semua aspek sosial termasuk pembangunan wanita, keluarga, komuniti, perlindungan sosial serta kesejahteraan masyarakat secara holistik.

“Elemen berkaitan wanita dan keluarga akan diberi penekanan selari dengan keperluan semasa negeri,” katanya lagi.

Selain itu, usaha memperkasa golongan wanita di negeri ini turut diterjemahkan melalui program pengupayaan ibu tunggal yang dilaksanakan secara berterusan.

Ia membabitkan kerjasama antara Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Kolej Komuniti.

Gambar hiasan. Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed bergambar bersama penerima Kad Perak Sejahtera pada Majlis Penyerahan Program Kad Perak Sejahtera (KPS) Daerah Hulu Perak Anjuran Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di Dewan AmanJaya Lawin, Kampung Lawin, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 MAY 2024.

Salbiah memberitahu, melalui latihan ekonomi digital, pemasaran atas talian, pemprosesan makanan serta pematuhan piawaian keselamatan, golongan ibu tunggal dibekalkan kemahiran praktikal untuk menjana pendapatan secara mampan.

Di samping itu, aspek kesejahteraan mental juga tidak dipinggirkan apabila pelbagai program intervensi komuniti dilaksanakan melibatkan lebih 1,000 peserta merentasi pelbagai daerah di Perak.

“Antara program berkenaan adalah, ‘MySupport Group’, “Dari Penat ke Hebat: Seni Mengurus Emosi – Edisi Khas”, dilaksanakan sebanyak lima siri meliputi daerah Kinta, Batang Padang, Larut Matang dan Selama, serta Kerian.

“Turut diadakan adalah Program Pemulihan Emosi dan Minda: Reset Diri, Rehat Minda 2025 serta Program Kesedaran Seksual dan Kesihatan Mental Remaja: Titik Noktah – Dari Trauma ke Harapan (2025) yang melibatkan golongan remaja,” katanya lagi.

Membasmi kemiskinan, memperkasa ekonomi rakyat

Salbiah menegaskan bahawa, kerajaan negeri sentiasa memberi tumpuan kepada agenda menoktahkan kemiskinan terutamanya kemiskinan tegar melalui pelbagai usaha bersepadu.

Ujar beliau, melalui pendekatan turun padang dan mendekati secara terus, kerajaan negeri turut menyalurkan pelbagai bantuan yang bertujuan meringankan atau memberi sedikit kelegaan kepada rakyat.

kesejahteraan rakyat Belanjawan Perak 2026 pembangunan sosial Perak, Salbiah Mohamed Belanjawan Perak, Perak Sejahtera 2030 kesejahteraan, dasar kebajikan negeri Perak, membasmi kemiskinan tegar Perak
Gambar hiasan. Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika hadir pada Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Perak di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 OKTOBER 2025.

“Bantuan yang pelbagai dan banyak ini bukan tanda kegagalan kerajaan, bantuan ini ialah tanda kerajaan ini masih ada hati dan berjiwa rakyat.

“Masih ada perasaan dan rasa tanggungjawab, dan masih menjaga dan melindungi rakyat yang paling lemah.

“Yang gagal itu apa? Gagal ialah apabila kita biarkan rakyat yang susah dan kita tak buat apa-apa Tindakan,” katanya lagi.

Jelas beliau, sehingga 24 November lalu, Perak telah berjaya membawa keluar seramai 724 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada terus berada di bawah kategori miskin tegar.

Keseluruhannya, Belanjawan Perak 2026 memperlihatkan usaha kerajaan negeri dalam membina sebuah negeri yang inklusif dan berdaya tahan, di mana kesejahteraan rakyat kekal sebagai teras kepada setiap dasar serta peruntukan.

Dalam landskap pembangunan yang semakin mencabar, pendekatan seimbang antara kemajuan industri dengan kebajikan sosial inilah yang menjadi kekuatan sebenar Perak yang turut selari dengan hasrat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di bawah gagasan Perak Sejahtera 2030. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

DUN Perak lulus Belanjawan Negeri 2026 RM1.61 bilion

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI