Kesejukan melampau punca kematian pendaki di Gunung Liang – Polis

TANJUNG MALIM – Kesejukan melampau atau hipotermia dikenal pasti punca kematian Mustaqqeem Mansoor, 34, pendaki yang mengikuti aktiviti mendaki yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat dijalankan Pakar Patologi Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Unit Forensik Hospital Slim River.

“Sebelum itu, pasukan penyelamat telah berjaya membawa turun mangsa sekitar jam 3 petang menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas keadaan cuaca semakin baik.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Slim River untuk dibedah siasat dan proses pengecaman dilakukan oleh isteri dan adik lelaki mangsa pada jam 5.35 petang,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, jenazah kemudian dituntut oleh ahli keluarga sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Nurussaadah Lahar Tabut, Penaga, Pulau Pinang.

Mustaqqeem dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 10 rakan dari Bukit Fraser di Pahang pada 10 Oktober lalu dan dijadualkan turun di Gunung Liang, di sini, Isnin lalu.

Bagaimanapun, mangsa telah dijumpai sekitar jam 3.30 petang di Puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan tidak bernyawa. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jenazah Allahyarham Mustaqqeem selamat dibawa turun dari Gunung Liang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI