Kesemua 10 kru helikopter TLDM terhempas disahkan terkorban

KUALA LUMPUR – Kesemua 10 mangsa iaitu tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM disahkan terkorban dalam kejadian dua pesawat bertembung di ruang udara dan terhempas di Lumut pagi tadi.

Jasad mangsa  dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut untuk proses pengecaman.

Perkembangan terkini itu disahkan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam satu kenyataan pagi ini.

Menurut kenyataan itu, pesawat yang terhempas adalah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM FENNEC TLDM semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi.

Kredit FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

“Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing 7 kru HOM TLDM dan 3 kru Fennec TLDM.

“Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman,” kata kenyataan itu.

Katanya, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI