Kesihatan PM pada tahap memberangsangkan

KUALA LUMPUR – Kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada tahap yang memberangsangkan, serta membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan.

Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang berkata, perdana Menteri telah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di hospital hari ini.

“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan perdana menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara, demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI