Keutamaan saya jaga agama, bangsa dan tanah air – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan, keutamaan beliau adalah untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air ini dan bukannya mengejar undi demi kuasa.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab tuduhan Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa pengundi Cina sedang terluka dan lambat untuk dipulihkan kerana kerajaan pimpinan Perdana Menteri membiarkan Dr Akmal ‘meliar’ dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan pedas.

“Jika kerana menjaga agama,bangsa dan tanah air ini kamu anggap saya “meliar”,kamu silap.

“Kerana demi agama bangsa dan tanah air ini,lebih dari itu sanggup saya lakukan.

“Kerana apa guna kuasa jika kita kehilangan maruah agama dan bangsa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Kelmarin, menerusi podcastnya, bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, kerosakan paling besar bermula sejak dua tahun lepas apabila Dr Akmal dibiarkan ‘meliar’.

Katanya, isu-isu yang dibawakan ADUN Merlimau seperti isu kalimah Allah pada stoking, Jalur Gemilang terbalik serta kenyataan-kenyataan bernada perkauman telah memberi petunjuk yang sangat salah kepada pengundi Cina.

Ini ditambah dengan sikap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlalu berlembut untuk menegur Dr Akmal kerana dibimbangi akan menggugat kestabilan kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai UMNO dan Barisan Nasional. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI