Khutbah Jumaat Perak: Azam, usaha merugikan jika melakukan perkara mungkar

IPOH – Segala azam dan usaha hanya merugikan jika bertujuan untuk meraih keuntungan dunia sehingga sanggup melakukan perkara mungkar yang dimurkai Illahi seperti seperti menipu, mencuri, melakukan rasuah dan pecah amanah.

Justeru, umat Islam diingatkan supaya setiap azam dan usaha yang dilaksanakan diniatkan untuk mencari keredaan ALLAH SWT serta tidak terpalit dengan perkara-perkara mungkar.

Perkara itu disampaikan menerusi teks khutbah Jumaat bertajuk Tahun Baharu: Memperteguh Azam – Memugar Usaha yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada hari ini.

Teks khutbah yang dibacakan di masjid dan surau diri Jumaat (SDJ) seluruh Perak itu turut menyarankan ummah untuk bermuhasabah, menilai pencapaian begitu juga ketidakcapaian matlamat yang ditetapkan pada tahun 2024.

“Bersyukur atas kejayaan yang telah dikurniai Ilahi, di samping mengenal pasti kelemahan diri yang telah menjadi penyebab ketidakcapaian; lalu diambil langkah-langkah menambah baik agar mencapai kejayaan lebih cemerlang pada tahun 2025.

“Pada masa sama, memperteguh azam untuk meningkatkan amal makruf dan menjauhi perkara perkara mungkar supaya kehidupan mendapat keredaan Ilahi.

“Berusaha solat berjemaah pada setiap waktu, menjadikan amalan harian membaca al-Quran, menambah ilmu pengetahuan dan menghadiri majlis-majlis ilmu, serta banyakkan berzakat, berwakaf, bersedekah dan berinfak,” katanya.

Dalam pada itu, teks khutbah tersebut turut meminta supaya semua perlu berusaha untuk lebih berjimat cermat, mengurangkan pembaziran, menambahkan simpanan dan tabungan untuk masa hadapan.

“Selain itu, berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatan melalui disiplin beriadah dan mengawal makanan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

‘Amat buruk jika masjid jadi tempat sebarkan cerita karut, tanpa kesahihan’ – Khutbah Jumaat Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI