KIGIP bukti syarikat Bumiputera mampu laksana projek teknologi hijau mega

BAGAN SERAI – Pelaksanaan pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) menjadi bukti kepada kemampuan syarikat Bumiputera dalam melaksanakan projek teknologi hijau mega yang ulung di rantau Asia Tenggara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek yang dibangunkan Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan SD Guthrie Bhd itu memperlihatkan kecekapan dua entiti Bumiputera berkenaan.

Katanya, selain itu, perananan Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad juga membantu dalam usaha mempercepatkan perkembangan projek berimpak tinggi di Kerian.

KIGIP syarikat Bumiputera mampu laksana projek teknologi hijau mega Anwar Saarani SD Guthrie Kerian
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Bagan Serai, Kerian, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2024.

Justeru jelas Anwar, terdapat dua pertimbangan penting yang diutamakan kerajaan dalam pelaksanaan projek KIGIP iaitu pembangunan ekosistem dan pengurusan rantaian bekalan.

“Akan ada keperluan bekalan air yang memenuhi keperluan masyarakat di utara termasuk Parit Buntar, Bagan Serai, Kerian sehingga ke Nibong Tebal dan (daerah lain di) Pulau Pinang.

“Kita bahkan sudah runding bagaimana kita boleh percepatkan proses ini dengan kos yang lebih munasabah, dan saya telah minta perkara ini disegerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah KIGIP di Tapak KIGIP Fasa Pertama di Ladang Tali Ayer, dekat sini, pada Jumaat.

KIGIP syarikat Bumiputera mampu laksana projek teknologi hijau mega Anwar Saarani SD Guthrie Kerian
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Bagan Serai, Kerian, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2024.

Hadir sama, Saarani, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Tambah Anwar, KIGIP merupakan projek yang berbeza dengan projek lain yang mana ia tidak membebankan kerajaan kerana pelaburannya membabitkan pihak swasta.

Kata beliau, sebaliknya kerajaan hanya terlibat kepada pembangunan prasarana asas seperti jaringan jalan raya, bekalan air serta infrastruktur lain.

KIGIP syarikat Bumiputera mampu laksana projek teknologi hijau mega Anwar Saarani SD Guthrie Kerian
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melihat pelan pembinaan ketika hadir ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Bagan Serai, Kerian, pada Jumaat. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2024.

“SD Guthrie harus memikirkan jenis pelaburan, jenis pekerjaan, dan latihan pengkhususan yang memberi keutamaan kepada anak-anak di utara Perak dan sebahagian Padang Serai.

“Jika ada institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET), saya akan minta syarikat itu untuk ambil alih dan memberikan latihan yang diperlukan KIGIP,” katanya lagi.

Tambah Anwar, beliau mahu melihat KIGIP dapat menjadi projek kebanggaan kepada Bumiputera, dan rakyat di negara ini di samping mampu menjadi contoh kepada negara-negara di Asia Tenggara. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Peluncuran Pelan Induk KIGIP perlihat sinergi PM, MB Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI