KIGIP: Perak setuju institusi latihan industri dibina di Kerian

PARIT BUNTAR – Kerajaan Negeri Perak menyatakan persetujuan kepada usaha pembinaan sebuah pusat institusi latihan perindustrian di daerah Kerian sebagai pelengkap kepada pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha yang akan digerakkan SD Guthrie Berhad itu masih di peringkat cadangan bagi meninjau lokasi sesuai pembinaan pusat latihan berkenaan.

KIGIP Perak setuju institusi latihan industri dibina di Kerian pusat latihan perindustrian Taman Perindustrian Perak kerajaan negeri Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika Majlis Pecah Tanah Rumah Perakku Taman Kerian Putra di Taman Kerian Putra. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 SEPTEMBER 2024.

“SD Guthrie bukan sahaja bertanggungjawab membangunkan kilang-kilang perindustrian di KIGIP, malah mereka juga sedang bersiap sedia untuk membangunkan sebuah institusi latihan perindustrian.

“Institusi itu nanti akan menghasilkan bakat atau tenaga-tenaga terlatih yang baharu bagi memenuhi keperluan di KIGIP.

“Perkara itu sudah dibincangkan (dengan kerajaan negeri) dan mereka bersedia melihat ke arah itu (untuk pembangunan institusi latihan berkenaan),” katanya.

KIGIP Perak setuju institusi latihan industri dibina di Kerian pusat latihan perindustrian Taman Perindustrian Perak kerajaan negeri Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku @ Parit Buntar dan Majlis Pecah Tanah Rumah Perakku Taman Kerian Putra di Taman Kerian Putra. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 SEPTEMBER 2024.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku Fasa Satu kepada 27 penerima dan Majlis Pecah Tanah bagi Fasa Dua di Taman Kerian Putra, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin; Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching, serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), Zulkefli Abdullah.

KIGIP Perak setuju institusi latihan industri dibina di Kerian pusat latihan perindustrian Taman Perindustrian Perak kerajaan negeri Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyerahkan kunci Rumah Perakku @ Parit Buntar kepada penerima pada Majlis Pecah Tanah Rumah Perakku Taman Kerian Putra di Taman Kerian Putra. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 SEPTEMBER 2024.

Dalam pada itu, Saarani memberitahu, SD Guthrie juga telah ke Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah bagi meninjau dan mempelajari pembangunan sebuah taman perindustrian.

Pada masa sama, beliau berkata, perkembangan berkaitan projek penyaluran dan pembekalan air dari Sungai Perak ke Kerian akan diputuskan oleh kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama penerima kunci Rumah Perakku @ Parit Buntar pada Majlis Pecah Tanah Rumah Perakku Taman Kerian Putra di Taman Kerian Putra. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 SEPTEMBER 2024.

“Pada dasarnya kita bersetuju bahawa bekalan air mesti dibekalkan untuk tiga tujuan iaitu, pengairan di daerah, KIGIP dan bekalan air terawat ke Pulau Pinang.

“Cuma kaedah pembiayaan projek sama ada melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) atau sebagainya akan diputuskan Kementerian Ekonomi,” katanya lagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika melawat Rumah Perakku @ Parit Buntar pada Majlis Pecah Tanah Rumah Perakku Taman Kerian Putra di Taman Kerian Putra. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 SEPTEMBER 2024.

Mengulas tentang program, Saarani berkata, skim perumahan di bawah SSI, iaitu Rumah Perakku Fasa Satu yang disiapkan melibatkan 150 unit rumah dan ia dijual bermula dari harga RM95,000 selepas subsidi oleh Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP).

Kata beliau lagi, Fasa Dua pula melibatkan pembinaan 100 unit rumah tambahan yang dijangka siap pada tahun 2026.

Tambah Saarani, projek itu juga turut melibatkan pembinaan rumah teres dan kedai pejabat dua tingkat yang mana ia akan siap dibina secara berperingkat.

“Projek ini juga dijangka memberi impak ekonomi yang besar, termasuk dengan kehadiran KIGIP yang akan menyediakan peluang pekerjaan serta menarik pelaburan besar dari dalam dan luar negara,” ujar beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KIGIP bukti syarikat Bumiputera mampu laksana projek teknologi hijau mega

KIGIP terima kelulusan kebenaran merancang – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI