Kilang kitar semula termasuk sebuah treler terbakar

IPOH – Sebuah kilang kitar semula termasuk sebuah treler yang terletak di Jalan Johan 1/3, Kawasan Perindustrian Pasir Puteh, di sini terbakar, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu sekitar jam 9.24 malam.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi didapati berlaku kebakaran melibatkan longgokan barangan kitar semula yang terletak di bawah garaj berbumbung di tempat penyimpanan kilang berkenaan.

“Barangan kitar semula yang terbakar termasuklah kain, kaca dan plastik. Selain itu, sebuah treler sepanjang 40 kaki (12 meter) yang diparkir di bawah garaj tersebut turut musnah 80 peratus dalam kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Beliau berkata, ketua operasi membuat pemeriksaan (size-up) dan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman.

“Ketua operasi kemudiannya mengarahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran hos, 200 kaki (60.69 meter) dua pancutan manakala anggota dari BBP Batu Gajah membuat pemadaman menggunakan satu aliran hos 100 kaki (30.48 meter) satu pancutan bersumberkan air dari tangki jentera dan tangki air serta pili bomba yang berhampiran.

“Operasi pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan PBS Menglembu sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” ujarnya.

Katanya, kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.55 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kilang kitar semula barangan getah, plastik terbakar 80 peratus

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI