IPOH – Sebuah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Jalan Persiaran Perindustrian Pengkalan 12, Lahat di sini petang Selasa.
Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.50 petang.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih dan BBP Batu Gajah digerakkan ke lokasi serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pasir Pinji dan PBS Menglembu bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman kebakaran.
“Setibanya jentera di lokasi, didapati sebuah kilang perabot (semi-d) sedang marak membakar hampir 80 peratus struktur bangunan tersebut.
“Api turut merebak ke kilang besi bersebelahan menyebabkan ia terbakar sekitar 10 peratus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kerja-kerja mencari serta memadamkan api yang tersisa setelah kebakaran terkawal (overhaul) masih dijalankan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. – MG Perak
Artikel Berkaitan:


