Kinta, Taiping, Manjung rekod jumlah kemalangan maut tertinggi

TAPAH – Kinta, Taiping dan Manjung merupakan yang merekodkan kadar kemalangan maut tertinggi di Perak pada tahun lalu.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, pada tahun lalu, statistik kemalangan Perak mencatatkan 3,551 kes kemalangan dengan mencatatkan sebanyak 52 kes kemalangan maut dan 58 kes kematian.

“Daripada jumlah tersebut, Kinta (Ipoh) mencatatkan jumlah kemalangan yang tertinggi iaitu  sebanyak  1,330 kes dengan lapan kes kematian disusuli Taiping 344 kes (8) kematian dan Manjung 277 kes dengan (4) kematian.

“Justeru kita berharap jumlah kemalangan maut di Perak termasuk di tiga lokasi tersebut akan berkurangan berbanding tahun sebelumnya pada perayaan Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Happy Hour Free Fuel, Free Road Fatality di stesen minyak Petronas Tapah, pada Jumaat.

Kinta, Taiping, Manjung rekod jumlah kemalangan maut tertinggi
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (tengah) menyerahkan baner Kempen Keselamatan Jalan Raya kepada Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi (dua, kiri) pada Program Happy Hour Free Fuel, Free Road Fatality di Petronas Tapah, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 APRIL 2024.

Dalam pada itu, Mohamad Nizar berkata, setakat ini, hasil kempen dan penguatkuasaan menerusi Op Selamat Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2023, terdapat pengurangan sebanyak 12 kes kematian berbanding 15 kes kematian pada tahun 2022 iaitu pengurangan sebanyak 3 kes

“Menerusi kempen kempen yang dijalankan golongan muda antara yang perlu diterapkan tentang kesedaran keselamatan jalan raya memandangkan kumpulan umur di bawah 30 tahun menunjukkan risiko kematian yang paling tinggi iaitu 50 peratus daripada jumlah kematian yang dicatatkan.

“Fokus utama advokasi pada musim perayaan pada kali ini adalah kepada penunggang motosikal di mana kes kematian yang dicatatkan melibatkan penunggang motosikal sebelum ini merupakan bilangan tertinggi iaitu 60 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian,” jelasnya.

Pada program tersebut, seramai 500 penunggang motosikal dan 300 pemandu kereta mendapat manfaat isian petrol secara percuma dengan RM30 diperuntukkan bagi mengisi petrol untuk sebuah kereta manakala RM5 bagi motosikal.

Kinta, Taiping, Manjung rekod jumlah kemalangan maut tertinggi
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin memakaikan topi keledar kepada orang awan ketika hadir pada Program Happy Hour Free Fuel, Free Road Fatality di Petronas Tapah, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 APRIL 2024.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, seramai 130 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan jalan raya dalam Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini.

“Operasi yang dijalankan JPJ sepanjang tempoh perayaan selama 20 hari merangkumi seluruh negara termasuk di Perak sudah dilaksanakan.

“Pegawai dan anggota yang bertugas di semua lokasi ditetapkan termasuk di tiga lokasi di negeri ini yang akan menjadi sasaran JPJ untuk membuat rondaan berkala dengan lebih kerap selain mendapatkan bantuan daripada agensi keselamatan lain,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita tiada lesen beri alasan terlepas simpang jalan ketika ditahan JPJ

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI