KK Mart Bidor dilempar molotov cocktail

BIDOR – Sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di Bidor dilempar molotov cocktail kira-kira jam 5 pagi pada Selasa.

Memetik laporan China Press, molotov cocktail atau bom petrol itu dilempar oleh individu tidak dikenali ke arah premis berkenaan.

Bagaimanapun, katanya bom petrol tersebut jatuh di kawasan lapang di hadapan kedai serbaneka tersebut dan tidak meletup.

Pekerja KK Mart yang menyedari kejadian berkenaan bertindak pantas dengan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

Difahamkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat serangan itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi memaklumkan akan memberi kenyataan dalam masa terdekat. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI