KKDW duduki tangga pertama laksana Kampung Angkat MADANI

BAGAN DATUK – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menduduki tangga pertama daripada 43 Kampung Angkat MADANI  bagi kemajuan pelaksanaan projek dan kemajuan perbelanjaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan 14 projek fizikal dan bukan fizikal di Kampung Sungai Betul, di sini.

Menurutnya, kesemua projek tersebut telah disenaraikan bagi pelaksanaan dan telah selesai pada 30 November lalu.

“KKDW telah mengambil langkah proaktif untuk memajukan Kampung Angkat MADANI yang terlibat serta menyiapkan segera projek di bawah kementerian pada tahun ini.

“Kita mesti melangkah ke hadapan untuk majukan Bagan Datuk sama ada kampung tradisonal atau kampung nelayan cina atau estet tidak kira bangsa.

“Ini kerana kita berada dalam masyarakat majmuk dan pandang ke depan. Mereka tetap penduduk Bagan Datuk,“ katanya.

KKDW duduki tangga pertama laksana KAM
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi meninjau persekitaran sekolah pada majlis perasmian Program Tautan Desa MADANI Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sekolah Kebangsaan Sungai Betul, Bagan Datuk. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 DISEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Tautan Desa MADANI sempena Program Kampung Angkat MADANI KKDW di Kampung Sungai Betul, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata, Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Betul juga yang sebelum ini dibina sebagai dewan terbuka akan dinaik taraf dengan melakukan beberapa penambahbaikan.

“Menerusi peruntukan tambahan KKWD, dewan tersebut akan dinaik taraf dengan membina dinding serta memasang pendingin hawa yang akan dinamakan Dewan Datuk Yahya Zakaria,“ jelasnya.

KKDW telah memberikan penumpuan kepada projek dan program di Kampung Sungai Betul antaranya, menaik taraf pagar di Beting Beras Basah; naik taraf jalan perhubungan desa dari Kampung Bagan Sungai ke Beting Beras Basah dan menaik taraf jalan ladang pertanian.

Pada masa sama, turut dinaik taraf dewan orang ramai; padang bola sepak SK Sungai Betul baik pulih titi Sungai Balai dan titi Klinik Desa Sungai Balai; menaik taraf ialah Surau Idrisiah dan Masjid Ismailiah; baik pulih 25 buah rumah rakyat miskin dan program komuniti. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

RM2.5 juta untuk Kampung Angkat Madani di Kampung Masjid

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI