KKM tak pandang ringan 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun lalu

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak memandang enteng peletakan jawatan lebih 6,000 doktor sepanjang lima tahun lalu.

Bagaimanapun, jelasnya, jumlah itu termasuk 3,200 pegawai perubatan (MO) kontrak yang meletak jawatan untuk beralih ke jawatan tetap kerana ini adalah sebahagian daripada prosedur yang ditetapkan dan segelintir doktor yang beralih ke bidang pendidikan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, disebabkan situasi itu beliau mengakui sesetengah warga KKM terpaksa menanggung bebanan tugas lebih daripada rakan-rakan yang lain.

Jelas Dzulkefly, ketirisan bakat kekal menjadi cabaran yang signifikan dalam semua industri, termasuk sektor kesihatan tetapi kementerian tidak dapat menghalang pegawai dan pakar perubatan daripada berhijrah ke sektor swasta.

Lantaran itu, KKM telah melaksanakan beberapa strategi untuk mengekalkan mereka dalam jangka sederhana melalui inisiatif ‘Rakan KKM Partnership’, yang bakal menyaksikan beberapa perubahan.

“Prospek ganjaran yang lebih baik dan fasiliti kesihatan yang dinaik taraf – yang bakal dicapai melalui subsidi silang oleh pendapatan baharu daripada ‘perkhidmatan ekonomi premium ‘#RakanKKM’ – diharapkan dapat meningkatkan insentif untuk mereka kekal dalam sektor awam.

“Langkah jangka pendek termasuk kenaikan dan pelarasan gaji, jadual kerja yang lebih anjal, dan membenarkan amalan lokum. KKM terus komited untuk meningkatkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan, dan serta kebajikan profesional perubatan seluruhnya,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Mengenai situasi di Hospital Seri Manjung, KKM melalui kerjasama Bahagian Sumber Manusia (BSM) akan mengagihkan lebih banyak pegawai perubatan ke jabatan-jabatan yang kritikal.

“Ini adalah tugas yang mencabar, tetapi perlu dibuat agar tahap tenaga kerja dapat menampung keperluan semasa. Untuk makluman jua, terdapat peningkatan pengagihan pegawai perubatan ke semua fasiliti KKM setiap tahun, dan sebuah kohort baharu pegawai perubatan baharu baru sahaja diagihkan pada minggu lepas.

Menurutnya, beliau komited untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) untuk membantu KKM mengatasi cabaran-cabaran ini wlaupun terdapat beberapa aspek sememangnya berada di luar bidang kuasa KKM.

“Selain itu, saya kekal komited untuk merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan, iaitu suatu reformasi yang kami janjikan dari zaman awal ‘Reformasi’. Saya percaya umum tahu bahawa pelbagai rintangan harus dilalui sebelum kita dapat tiba ke destinasi ini.

“Seluruh aspirasi ini adalah selaras dengan Kertas Putih Kesihatan. Inisiatif-inisiatif yang dibentangkan juga adalah bukti komitmen jangka panjang saya dan pasukan untuk menangani dan menyelesaikan isu-isu sistemik dalam sektor kesihatan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI