KKR pertimbang kontraktor cemerlang diberi projek baharu

PARIT – Laporan prestasi kontraktor yang cemerlang dalam pelaksanaan projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) akan dikeluarkan bagi memberi peluang kepada mereka menerima kontrak lain pada masa hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyiapkan laporan prestasi tersebut.

Menurut beliau, ia sebagai tanda menghargai prestasi cemerlang kontraktor yang berjaya menepati tempoh masa, kesempurnaan, kualiti yang baik dan tidak melebihi kos ditetapkan bagi pembinaan yang dijalankan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada sidang media Program CSR bersama Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Konsesi Jalan Persekutuan Bagi Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut di Jalan FT005 Jalan Jelapang-Ipoh-Ayer Tawar. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 NOVEMBER 2024.

“Oleh itu, saya kata syarikat-syarikat kontraktor ini kita beri perhatian kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam tender-tender akan datang.

“Ini sudah semestinya akan menjadi satu point (titik) yang baik kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bersama KKR, JKR dan Konsesi Jalan Persekutuan Bagi Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) di Jalan FT005 Jalan Jelapang-Ipoh-Ayer Tawar di Seri Iskandar, di sini, pada Khamis.

Bagaimanapun Alexander berkata, pemberian projek baharu kepada kontraktor yang cemerlang masih tertakluk kepada syarat-syarat yang mesti dipenuhi mereka.

“Bukan semestinya kita bagi pada mereka, itu terpulang kepada syarat-syarat yang mesti dipenuhi memadangkan ia ‘open tender’ (tender terbuka) dan kita juga melihat kepada harga yang dibida,” katanya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bergambar bersama petugas sukarelawan pada Program CSR bersama Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Konsesi Jalan Persekutuan Bagi Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut di Jalan FT005 Jalan Jelapang-Ipoh-Ayer Tawar. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 NOVEMBER 2024.

Sementara itu, mengulas mengenai program CSR berkenaan, Alexander berkata, lokasi tersebut dipilih ekoran sering berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat luar biasa.

Jelas beliau, program yang diadakan di Seri Iskandar itu turut melibatkan beberapa lokasi di negeri lain ekoran peralihan Monsun Timur Laut.

“Saya difahamkan semua konsensi turut mengadakan program seumpama ini di tempat masing-masing memandangkan kita tahu hujung tahun berlakunya MTL, jadi biarlah kali ini secara proaktif.

“Saya juga menyeru rakyat agar tidak hanya berharap dengan program CSR ini semata-mata tetapi turut mengambil inisiatif sendiri dengan bergotong-royong,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko tinggi di seluruh negara

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI