KMC perkenal MRI berteknologi AI, percepat diagnosis pesakit

IPOH – Kinta Medical Centre (KMC) bakal menggunakan mesin imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) berteknologi tinggi dilengkapi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan imbasan yang lebih pantas dan jelas.

Selain itu, teknologi Zero Helium dalam MRI tersebut menyokong kelestarian, mengurangkan kos operasi serta memastikan perkhidmatan dapat beroperasi tanpa gangguan.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, penggunaan mesin itu dijangka membantu mengurangkan tempoh menunggu pesakit di hospital kerajaan yang ketika ini boleh mencecah antara enam hingga lapan bulan.

Menurutnya, langkah tersebut bukan sahaja dapat mempercepatkan proses rawatan, malah mampu mengurangkan penderitaan pesakit dan keluarga yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan diagnosis.

“MRI adalah komponen penting dalam mengenal pasti dapatan perubatan serta membolehkan diagnosis dan rawatan selanjutnya dijalankan dengan berkesan.

“Kita dimaklumkan bahawa KMC dijangka memiliki mesin MRI sendiri dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

“Justeru, satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan mekanisme kerjasama antara pihak terlibat demi memastikan manfaat perkhidmatan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh sistem kesihatan awam,” katanya.

KMC perkenal MRI berteknologi AI, percepat diagnosis pesakit
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan ketika sidang media pada majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Fujifilm Malaysia dan City Motors Group di Kinta Medical Centre (KMC), Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 JANUARI 2026.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Fujifilm Malaysia dan City Motors Group bagi memperkenalkan MRI berteknologi tinggi di KMC, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah City Motors Group dan KMC, Foo Yit Loong serta Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia, Kensuke Aragane.

Sivanesan berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong kerjasama sektor awam dan swasta dalam usaha meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan, memperbaiki hasil rawatan pesakit serta melengkapkan sistem kesihatan awam secara mampan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah KMC, Suresh Kumar berkata, mesin MRI berharga RM4.5 juta itu dijangka dapat menampung permintaan pesakit terutamanya daripada golongan kurang berkemampuan.

Katanya, harga rawatan yang ditawarkan dijangka 20 peratus daripada pasaran semasa supaya pesakit B40 juga boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan diagnostik berkualiti tinggi pada kos yang berpatutan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pembangunan hospital swasta beri limpahan manfaat sektor lain

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI