Komik naratif rakyat terbitan MAIPk angkat warisan, adat melayu Perak

IPOH – Komik naratif rakyat terbitan Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) bukan sekadar mengangkat warisan malah turut mendekati golongan muda.

Dihasilkan melalui kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) komik warisan Misa Melayu mempunyai lima naskah dengan tajuk berbeza.

Melalui pendekatan komik dan naratif rakyat, kandungan warisan dalam Misa Melayu diolah semula dalam bentuk yang lebih santun, kreatif dan mudah difahami, sekali gus menjadikannya relevan untuk generasi muda tanpamenghilangkan keaslian nilai dan jati diri warisan tersebut.

Lima judul komik yang diterbitkan adalah Sultan Iskandar Bermain ke Laut; Chempaka Sari’ Peristiwa Dato Hilang di Padang’ Indahnya Mahligai Cinta Perak dan Pertunangan Sultan Iskandar Dzulkarnain dengan Puteri RajaBudak Rasul.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, usaha yang dilaksanakan di bawah Unit Adat Melayu MAIPk turut mendidik masyarakat agar bersifat terbuka menerima dan memahami adat budata melayu.

“Kita memilih menggunakan naratif komik yang mana ada pendekatan berbeza dan pada masa sama elemen budaya dan adab melayu dapat diterapkan.

Komik naratif rakyat terbitan MAIPk angkat warisan, adat melayu Perak
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazman Md Salleh (dua, kanan) menerima cendehati ketika hadir ke Program Santun Menerusi Komik dan Naratif Rakyat di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 DISEMBER 2025.

“Jadi mesej ini secara tak langsung disampaikan dengan cara yang kreatif, santai dan di mana golongan muda akan lebih terbuka untuk terima,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Santun Menerusi Komik dan Naratif Rakyat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut Syamsul Hazeman berkata, untuk fasa awal MAIPk akan menerbitkan lima judul komik dan sekiranya mendapat sambutan ia akan diteruskan.

Katanya pemilihan judul setiap komik dibuat bersama barisan penyelidik berdasarkan cerita yang signifikan dan dekat dengan masyarakat.

Program Santun Menerusi Komik dan Naratif Rakyat merupakan kajian Kelestarian Warisan Perak berlandaskan Islam yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik daripada UPSI, iaitu yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Anida Sarudin dan ahlinya iaitu Dr. Nur Syuhada Mat Sin yang juga dan Dr. Mohd Nik Mat Pelet dari UITM.

Program santun pada hari ini melibatkan mahasiswa UPSI, murid-murid SMK Samudera, Manjung dan SK St. Michael, Ipoh. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI