Konflik Asia Barat: Jangan ambil kesempatan naikkan harga bahan binaan – Kor Ming

IPOH – Semua pemain industri sektor pembinaan di negara ini diminta untuk tidak cuba mengambil sebarang kesempatan dengan sengaja menaikkan harga bahan binaan disebalik krisis yang melanda di Asia Barat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pihaknya sentiasa berusaha dalam memastikan harga rumah terutama dalam kategori mampu milik kekal stabil meskipun berdepan kenaikan kos bahan binan ekoran perkembangan global itu.

“Atas semangat kita teguh bersama, saya memohon agar semua pemain industri agar bersama-sama jangan cuba ambil kesempatan kerana krisis (global) ini.

“Krisis ini telah membawa musibah kepada seluruh dunia, dan sudah tentu Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas Majlis Penutup Program Madani Rakyat (PMR) 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut Kor Ming berkata, kenaikan harga bahan binaan seharusnya tidak berlaku kerana ketika ini kerajaan telah membelanjakan RM4 billion sebulan bagi subsidi bahan api termasuk kepada kenderaan membawa bahan binaan.

“Mereka masih lagi menerima subsidi setiap hari, yang mana harga bahan api mereka masih jauh lebih rendah,” katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memantau rapi agar projek-projek perumahan yang sedang dilaksanakan tidak terjejas atau mengalami kelewatan akibat di konflik di Asia Barat.

Pada perkembangan sama, beliau berkata, KPKT akan terus memperkasakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sebagai usaha membantu golongan yang tidak mempunyai slip gaji tetap, termasuk pekerja sektor ekonomi gig untuk memiliki rumah pertama.

Kata beliau, usaha itu termasuk melalui peruntukan sebanyak RM10 bilion yang menjadikan keseluruhan RM40 bilion diperuntukkan bagi tujuan jaminan kredit itu seperti diumumkan kerajaan MADANI dalam Belanjawan 2026.

“Melalui inisiatif ini, KPKT menyasar untuk membantu 100,000 orang individu untuk membeli rumah menjelang akhir tahun ini.

“Setakat hari ini sudah lebih kurang 80,000 orang sudah memperoleh manfaat daripada skim berkenaan yang mana ia dilaksanakan hasil peningkatan jumlah dana yang diperuntukkan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

 

Mesyuarat mingguan MTEN cari penyelesaian kesan konflik Asia Barat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI