Konflik Asia Barat: Kerajaan pastikan bekalan makanan asas kekal mencukupi

IPOH – Kerajaan sedang memantau perkembangan semasa serta menilai langkah-langkah yang perlu bagi memastikan bekalan dan barang keperluan asas rakyat di negara ini tidak terjejas susulan konflik di Asia Barat ketika ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, antara tumpuan utama kerajaan adalah memastikan bekalan barangan asas seperti daging segar, ayam segar, beras dan gula kekal stabil serta mencukupi di pasaran tempatan.

Menurutnya, setakat ini bekalan bagi barangan keperluan asas tersebut masih berada pada tahap yang baik meskipun terdapat kebimbangan terhadap kesan rantaian ekonomi global akibat perkembangan semasa di rantau tersebut.

Konflik Asia Barat bekalan makanan Malaysia bekalan makanan asas Malaysia, kesan konflik Asia Barat kepada ekonomi Malaysia, kerajaan pantau bekalan makanan, harga minyak Malaysia, kestabilan bekalan makanan negara
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim ketika sidang media Majlis Penyerahan Motosikal di bawah Inisiatif Sejahtera Madani di Dewan Komuniti Sungai Tapah, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 MAC 2026.

“Buat masa ini tumpuan kita ialah memastikan keperluan asas itu tidak terjejas. Jika dilihat ketika ini, bekalan bagi barangan tersebut masih lagi berada dalam keadaan yang baik.

“Namun apabila berlaku krisis seperti ini, sedikit sebanyak mungkin ada barangan lain yang terkesan, terutamanya yang melibatkan import dari Timur Tengah.

“Dan sudah pasti ia disebabkan daripada penutupan laluan udara dan laut di beberapa kawasan yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Motosikal di bawah Inisiatif Sejahtera MADANI kepada 22 penerima di Dewan Komuniti Sungai Tapah, Manjoi, pada Jumaat.

Pada masa sama Muhammad Kamil berkata, kerajaan sedang meneliti secara menyeluruh langkah bagi mengekalkan harga minyak pada kadar semasa untuk mengelakkan kesan berantai kepada harga barangan lain.

Kata beliau, ia penting supaya kerajaan dapat bersedia lebih awal sekiranya perlu mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan kestabilan perkembangan ekonomi tempatan terus terpelihara.

Konflik Asia Barat bekalan makanan Malaysia bekalan makanan asas Malaysia, kesan konflik Asia Barat kepada ekonomi Malaysia, kerajaan pantau bekalan makanan, harga minyak Malaysia, kestabilan bekalan makanan negara
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim beramah mesra bersama penerima pada Majlis Penyerahan Motosikal di bawah Inisiatif Sejahtera Madani di Dewan Komuniti Sungai Tapah, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 MAC 2026.

Ujar beliau, justeru kerajaan akan berusaha memastikan harga minyak terkawal, namun tidak menolak kemungkinan perlu berhadapan dengan realiti sekiranya berlaku lonjakan harga tinggi yang berada di luar kawalan kerajaan.

Dalam pada itu, Muhammad Kamil turut menegaskan bahawa Malaysia bersama negara-negara lain terus menggesa agar konflik yang berlaku dapat diselesaikan melalui pendekatan diplomasi.

“Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri sebelum ini, Malaysia bersama negara-negara lain turut berusaha memberi tekanan kepada pihak-pihak yang terlibat supaya mengambil jalan dialog dan rundingan melalui saluran diplomasi.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan konflik yang berlaku dapat diselesaikan secara aman tanpa menjejaskan kestabilan ekonomi dan keselamatan di peringkat antarabangsa,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Konflik Asia Barat: Kerajaan bincang usaha bawa pulang pelajar Malaysia – Adam Adli

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI