Langgar lari dua beradik: Kontraktor direman empat hari

IPOH – Kontraktor yang terlibat dalam insiden langgar lari sehingga menyebabkan kematian dua beradik di Kilometer (KM) 38 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak Jaya dekat Sungai Siput awal pagi semalam ditahan reman mulai hari ini selama empat hari sehingga Selasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, perintah reman ke atas suspek berusia lingkungan 50-an itu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Perintah reman tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Sabtu.

Kontraktor langgar dua beradik direman empat hari bantu siasatan
Seorang kontraktor direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes langgar lari sehingga menyebabkan kematian dua beradik di Kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak dekat Sungai Siput awal pagi semalam. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 APRIL 2024.

Terdahulu, suspek yang berpakaian serba hitam tiba di pekarangan IPD Ipoh pada jam 10 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira 50 minit kemudian selepas proses reman selesai.

Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh Norazlan,13, maut apabila motosikal dinaiki mereka dilanggar lari sebuah pacuan empat roda dalam kejadian jam 7.10 pagi itu.

Bagaimanapun, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Salak berjaya memberkas pemandu pacuan empat roda terbabit di sebuah kebun sawit sekitar Salak Baru sekitar jam 1.20 petang.

Ujian saringan air kencing terhadap pemandu Toyota Hilux itu bagaimanapun mendapati lelaki yang bekerja sebagai kontraktor terbabit negatif dadah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua beradik maut, pemandu pacuan empat roda melarikan diri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI