Kopi campuran hitam, putih jadi tarikan utama gerai ikonik di UTC Perak

KOPI bukan sekadar minuman, tetapi juga simbol keharmonian dan kebersamaan dalam menyatukan masyarakat tanpa mengira kaum.

Ini terbukti apabila pengeluar kopi tempatan, Yee Kong Coffee & Food Manufacturing Sdn Bhd (Yee Kong Coffee) kekal relevan dan menerima sambutan pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Terletak di tingkat satu Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, gerai ikonik yang beroperasi sejak 1974 menawarkan pelbagai jenis biji kopi mengikut cita rasa pelanggan.

Antara kopi yang dijual adalah dari jenis Liberica, Arabica, dan Robusta diimport dari beberapa negara seperti Brazil, Indonesia dan Amerika Selatan termasuk kopi tempatan menerusi jenama Cap Singa Laut.

Kopi campuran hitam, putih jadi tarikan utama gerai ikonik di UTC Perak
Pekerja perniagaan kopi tempatan Yee Kong Coffee & Food Manufacturing Sdn Bhd kekal, Tan Pit Tiew, 56, menunjukkan biji kopi tempatan yang menjadi pilihan utama pelanggan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2025

Pekerjanya, Tan Pit Tiew, 56, berkata, dia ditawarkan untuk menguruskan operasi harian gerai tersebut daripada saudaranya yang juga pengasas jenama tersebut, Tan Kong Yee pada 2010.

“Dulu tauke jaga kedai, sekarang dia sibuk jaga kilang. Saya saudara tauke, jadi saya tolong dia jaga gerai di sini,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette (MG) Perak, pada Selasa.

Menurutnya, gerai tersebut yang menjual tiga jenis kopi hitam dan lima jenis kopi putih itu menerima permintaan tinggi, terutamanya daripada pelanggan yang gemar mencampur kedua-dua jenis kopi.

Kopi campuran hitam, putih jadi tarikan utama gerai ikonik di UTC Perak
Pekerja perniagaan kopi tempatan Yee Kong Coffee & Food Manufacturing Sdn Bhd kekal, Tan Pit Tiew, 56, menimbang serbuk kopi tempatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2025

“Kopi campuran hitam dan putih paling laris dijual di gerai ini. Kalau kopi hitam, rasa dia pahit, kalau putih ada rasa lemak. Bila campur, rasanya sangat enak. Kopi o sedap, kopi susu pun sedap,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tan menjelaskan pelanggannya terdiri daripada semua bangsa dan datang dari dalam serta luar negara.

Katanya, gerainya turut menjadi tumpuan peniaga kopi tempatan termasuk dari Cameron Highlands, Tanjung Malim dan Teluk Intan.

“Di sini, pelanggan yang datang meliputi semua bangsa. Orang Melayu pun ramai suka beli kopi yang dikisar halus kerana mereka tidak mahu tapis.

“Orang tua pula suka beli sedikit kerana mereka tidak boleh minum banyak dan suka akan aroma kopi yang wangi.

“Ada juga pelanggan dari Singapura dan China yang datang ke sini selepas melihat promosi gerai kami di platform Facebook. Malah, baru-baru ini ada pelanggan yang datang dari Melaka selepas melihat video kami di aplikasi TikTok.

Kopi campuran hitam, putih jadi tarikan utama gerai ikonik di UTC Perak
Pekerja perniagaan kopi tempatan Yee Kong Coffee & Food Manufacturing Sdn Bhd kekal, Tan Pit Tiew, 56, melayani pelanggan yang datang membeli serbuk kopi tempatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2025

Tan yang menguruskan operasi gerai itu bersama dua anak lelakinya berkata, harga biji kopi yang dijual di sini mengikut berat sebelum dan selepas dikisar.

“Pelanggan suka beli biji kopi dari Brazil, kerana biji cantik dan rasanya yang kuat. Paling sedikit kami jual biji kopi minimum 200 gram (gm) dan dalam bentuk kisar 300g.

“Harga biji kopi tempatan yang dijual adalah sekitar RM21 untuk sekilogram (kg) dan kopi putih Arabica Brazil, RM66kg,“ katanya.

Dengan gabungan pengalaman, rasa autentik dan strategi pemasaran digital yang berkesan, jenama Yee Kong Coffee akan terus menawan hati peminat kopi dalam dan luar negara.

Kopi campuran hitam, putih jadi tarikan utama gerai ikonik di UTC Perak
Pekerja perniagaan kopi tempatan Yee Kong Coffee & Food Manufacturing Sdn Bhd kekal, Tan Pit Tiew, 56, melayani pelanggan yang datang membeli serbuk kopi tempatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2025

Sementara itu, Rafeah Ismail, 56, dari Kampung Manjoi Dato‘ Ahmad Said Tambahan Dua berkata, dia mengenali gerai tersebut daripada arwah ibunya.

“Kopi yang dijual di sini kena dengan selera kita. Rasa okay, bau sedap, wangi. Selalunya, saya akan beli kopi biasa yang sebelum ini berpuluh tahun telah dibeli oleh arwah ibu.

“Saya akan beli dalam dua kilogram dantahan sekitar sebulan lebih kerana saya sahaja yang minum kopi di rumah. Harga jualannya juga berpatutan dan saya akan terus kekal setia menjadi pelanggan di gerai ini,“ ujarnya.

Gerai Yee Kong Coffee beroperasi setiap Selasa hingga Ahad dari jam 8 pagi sehingga 3 petang dan ditutup setiap Isnin. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Industri kopi Perak mampu tembusi pasaran halal global

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI