KPDN rampas 94 tong LPG, 270 liter petrol di perkampungan Orang Asli

GERIK – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyerbu sebuah premis di perkampungan Orang Asli di sini kerana dipercayai menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa memiliki lesen atau permit yang sah, semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan pada jam 5.30 petang itu dijalankan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Gerik susulan aduan awam berhubung aktiviti mencurigakan di perkampungan tersebut.

Menurutnya, hasil risikan mendapati premis terbabit dipercayai menjalankan kegiatan perdagangan gas petroleum cecair (LPG) dan petrol tanpa kebenaran sah.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati dua premis terlibat dalam urus niaga barang kawalan tanpa lesen atau permit yang dikeluarkan Pengawal Bekalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam serbuan tersebut, dua individu iaitu seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang wanita berusia 38 tahun, dipercayai pemilik premis, gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bagi menjalankan aktiviti tersebut.

“Susulan itu, pihak KPDN bertindak menyita sebanyak 94 tong LPG dan 270 liter petrol untuk siasatan lanjut dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM10,966,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan menjual barang kawalan berjadual tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Premis di Tapah ‘kantoi’ kenakan syarat pembelian minyak masak peket

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI