KPKM gandakan usaha tarik belia sertai sektor pertanian

GOPENG – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini melipatgandakan usaha bagi menarik lebih ramai golongan belia menyertai sektor pertanian yang kini berdepan isu kekurangan tenaga muda.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, isu tersebut bukan sahaja menjadi cabaran utama di negara ini, malah turut dihadapi banyak negara di seluruh dunia.

Belia sertai sektor pertanian usaha tarik belia pertanian, KPKM pertanian moden, golongan muda dalam pertanian, pertanian digital Malaysia, TVET pertanian, FAMA Fest 2025, Arthur Joseph Kurup, kekurangan petani muda, pertanian masa depan Malaysia
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar pada majlis perasmian penutup FAMA Fest 2025 @Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 JUN 2025.

“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah pertanian konvensional. Kita mesti sedang berusaha beralih kepada kaedah yang lebih moden dengan penggunaan teknologi dan inovasi.

“Untuk itu, ia melibatkan rantaian yang panjang termasuk pembuatan, penyelenggaraan serta operasi, yang secara tidak langsung boleh menarik lebih ramai golongan muda menceburi bidang pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup FAMA Fest 2025 @ Perak di Pusat Transformasi Bandar (RTC) Gopeng, di sini pada Ahad.

Belia sertai sektor pertanian usaha tarik belia pertanian, KPKM pertanian moden, golongan muda dalam pertanian, pertanian digital Malaysia, TVET pertanian, FAMA Fest 2025, Arthur Joseph Kurup, kekurangan petani muda, pertanian masa depan Malaysia
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan geran Agro Pelancongan kepada Figtopia pada majlis perasmian penutup FAMA Fest 2025 @Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 JUN 2025.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun; serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Pada Khamis lalu, media melaporkan hampir separuh, iaitu 45.4 peratus daripada pengusaha pertanian individu di negara ini terdiri daripada golongan berusia 60 tahun ke atas, melibatkan 458,395 orang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata, seramai 32.3 peratus pengusaha pertanian individu berumur antara 46 hingga 59 tahun, manakala hanya 22.2 peratus terdiri daripada mereka yang berusia antara 15 hingga 45 tahun.

Data daripada Laporan Interim Banci Pertanian 2024 itu menunjukkan sektor pertanian di Malaysia kini didominasi oleh golongan petani berusia lanjut.

Mengulas lanjut, Arthur Joseph berkata, bagi memupuk minat dalam kalangan anak muda, KPKM turut memberi penekanan kepada penyediaan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam pelbagai cabang pertanian.

Belia sertai sektor pertanian usaha tarik belia pertanian, KPKM pertanian moden, golongan muda dalam pertanian, pertanian digital Malaysia, TVET pertanian, FAMA Fest 2025, Arthur Joseph Kurup, kekurangan petani muda, pertanian masa depan Malaysia
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan produk Ikan Garam Kunyit pada majlis perasmian penutup FAMA Fest 2025 @Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 JUN 2025.

“Kita ada menawarkan kursus dalam bidang seperti ternakan, perikanan dan tanaman sayur.

“Malah, sepanjang kursus tersebut, kementerian akan menanggung sepenuhnya kos termasuk kemudahan asrama serta elaun harian kepada peserta,” jelasnya.

Tambah beliau, usaha menambah penyertaan golongan muda dalam bidang pertanian tidak boleh digerakkan secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.

“Kita memerlukan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kemudahan seperti tanah pertanian disediakan kepada golongan muda supaya mereka mempunyai ruang untuk memulakan atau memperluas operasi pertanian masing-masing,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Biasiswa Agrotek SADC-YP bantu mahasiswa lahirkan inovasi pertanian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI