KPM siasat dakwaan warga Pakistan rasmi acara sukan di sekolah

IPOH – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat dakwaan berhubung seorang lelaki warga Pakistan merasmikan program sukan di salah sebuah sekolah di Daerah Kerian.

Menterinya, Fadhlina Sidek ketika ditanya pemberita memaklumkan pihaknya ada menerima laporan berhubung insiden yang berlaku di sekolah rendah di daerah berkenaan.

“Kita dalam siasatan,” jawabnya ringkas.

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

Beliau menjawab pertanyaan berkenaan ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Perak di sini, malam tadi.

Terdahulu tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga Pakistan diberi penghormatan merasmikan Majlis Sukan Olahraga.

Paparan dalam video berkenaan mendakwa kejadian berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Sama Gagah, Simpang Empat Semanggol. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI