‘Kung Fu Panda, Little Pony’ sambut murid SK Tasek Damai

IPOH – Hari pertama sesi persekolahan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Damai, di sini meriah dengan kehadiran maskot Kung Fu Panda dan Little Pony.

Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak mendapati murid-murid kelihatan teruja dan gembira melihat susuk maskot yang menyambut kedatangan mereka di pintu masuk sekolah.

Turut hadir menyambut kehadiran murid-murid tersebut adalah Guru Besar SK Tasek Damai, Nor Azeti Fadzil dan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tasek Damai, Mohamad Halim Arafullah.

Pihak sekolah juga mengambil inisiatif memberikan buah tangan kepada murid-murid yang tiba awal ke sekolah.

Menurut Mohamad Halim, idea untuk menyambut kehadiran murid-murid menggunakan maskot ini tercetus selepas wabak Covid-19 beransur pulih pada tahun 2023.

'Kung Fu Panda, Little Pony' sambut murid SK Tasek Damai
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Damai, Mohamad Halim Arafullah menyantuni murid-murid pada hari pertama sesi persekolahan 2026 di SK Tasek Damai, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 JANUARI 2026.

“Tahun ini adalah tahun keempat kami membawa maskot dan seperti kebiasaan kami akan membantu pihak sekolah untuk menyambut anak-anak pada hari pertama sesi persekolahan.

“Selain daripada maskot, kami juga mengupah dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi menjaga lalu lintas untuk sesi pagi dan petang hingga waktu balik pada hari ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan sekolah berkenaan pada Isnin.

Katanya, setiap tahun pihaknya akan membawa maskot dengan watak berbeza bagi membawa kelainan.

“Pada tahun ini, bapa kepada salah seorang murid memakai maskot watak animasi terkenal Kung Fu Panda manakala anak saudara saya pula menyarung maskot Little Pony.

“Sekolah ini mempunyai murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan ada dalam kalangan mereka yang takut bila tengok maskot.

'Kung Fu Panda, Little Pony' sambut murid SK Tasek Damai
Inisiatif maskot yang menyambut murid-murid ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Damai bagi menaikkan semangat murid-murid selain mewujudkan suasana positif pada permulaan sesi persekolahan baharu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 JANUARI 2026.

“Berbeza dengan anak-anak prasekolah, mereka kelihatan lebih seronok dan turut ‘high five’ dengan maskot pada pagi ini,” ujarnya.

Untuk rekod SK Tasek Damai mempunyai 947 murid dari Tahun Satu hingga Enam termasuk prasekolah dan PPKI. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

UMNO Tambun sedia kelengkapan sekolah 250 murid B40, anak yatim

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI