Laluan Batik Air Ipoh-Singapura kukuh kedudukan pintu masuk Perak

IPOH – Laluan baharu Batik Air Ipoh-Singapura mencerminkan keyakinan kukuh syarikat penerbangan hibrid berkhidmat penuh itu terhadap potensi di Perak.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Loh Sze Yee berkata, ia juga hadir tepat pada waktunya ketika usaha giat dijalankan dalam mengukuhkan kedudukan Perak sebagai pintu masuk antarabangsa.

“Hari ini menandakan satu pencapaian bermakna bukan sahaja kepada syarikat penerbangan tetapi juga sektor penerbangan dan pembangunan Perak.

“Laluan baharu ini mencerminkan keyakinan kukuh Batik Air terhadap potensi Perak dalam mengukuhkan kedudukan sebagai pintu masuk antarabangsa,” katanya.

Penumpang Batik Air dari Singapura ke Ipoh selamat mendarat pada 11.35 pagi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 DISEMBER 2025.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan ketibaan penerbangan sulung Batik Air dari Singapura ke Ipoh di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini, pada Isnin.

Menurut Sze Yee, Singapura kekal menyumbang kepada jumlah pelancong asing terbesar ke Malaysia dengan rekod lebih 10 juta bagi tempoh separuh pertama 2025.

“Dengan sambungan ini (laluan Ipoh-Singapura) kita membuka pintu lebih luas kepada rakyat Singapura dan pengembara untuk meneroka warisan, keindahan alam semula jadi dan budaya unik perak.

“Kami berharap Batik Air dapat menambah lebih banyak laluan terus pada masa hadapan, terutamanya ke pasaran utama di mana permintaan terhadap pelancongan berasaskan budaya dan alam terus meningkat,” katanya.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee ketika sesi bergambar selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung penumpang Batik Air dari Singapura ke Ipoh yang selamat mendarat pada 11.35 pagi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 DISEMBER 2025.

Beliau berkata, kerajaan negeri amat menyokong pembangunan tersebut kerana ia membawa manfaat nyata kepada ekonomi tempatan.

“Lebih banyak penerbangan bermaksud lebih banyak peluang untuk hotel, inap desa, agensi pelancongan, pengendali pengangkutan, perniagaan kecil, usahawan kreatif serta komuniti berkaitan pelancongan di seluruh Perak.

“Matlamat kami bukan sahaja untuk menerima pelancong, tetapi juga memposisikan Ipoh sebagai hab pilihan untuk perjalanan antarabangsa jarak dekat,” katanya.

Terdahulu Sze Yee menyambut ketibaan 73 penumpang penerbangan sulung Batik Air laluan Singapura-Ipoh di lapangan terbang berkenaan. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI