Lapan anggota FRU maut dalam kemalangan di Teluk Intan

TELUK INTAN – Lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi tadi.

Nahas tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 8.30 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah lori yang sarat dengan muatan batu dan sebuah kenderaan FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu.

“Setakat ini, saya boleh sahkan bahawa lapan orang telah meninggal dunia, dan operasi menyelamat masih diteruskan.

“Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, namun operasi masih dijalankan,” katanya. – MG Pera

Berita lanjut menyusul

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut kereta rempuh belakang lori tangki

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI