Lapan termasuk dua bayi cedera selepas kereta dinaiki terbabas

BAGAN SERAI – Lapan sekeluarga termasuk dua bayi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di kilometer (km) 183.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi Isnin, di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berlaku di susur keluar Alor Pongsu PLUS sekitar jam 2.16 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Bagan Serai digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 2.43 pagi.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Exora terbabas di KM183.9 Lebuhraya PLUS arah utara dan melibatkan lapan orang mangsa.

“Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa, dua kanak-kanak dan dua bayi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Tambah Sabarodzi, kesemua mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba dan dihantar ke Hospital Taiping bagi menerima rawatan lanjut.

“Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Muhammad Khalid Mohd Idris melibatkan enam anggota itu tamat pada jam 3.45 pagi,” katanya. -MGPerak

Artikel Berkaitan:

Penunggang, pembonceng maut kemalangan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI