Laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki siap dua hari lagi

PUTRAJAYA – Isu peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini kerana masih menunggu laporan Jawatankuasa Khas Siasatan berhubung isu tersebut.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan laporan oleh Jabatan Peguam Negara itu akan disiapkan dalam tempoh dua hari.

“Seperti dalam sesi soal jawab Perdana Menteri semalam, hari ini beliau memaklumkan bahawa laporan daripada Jabatan Peguam Negara akan disiapkan dalam masa satu dua hari ini,” katanya pada sidang media mingguan pasca-Kabinet di kementeriannya, di sini hari ini.

Semalam di Dewan Rakyat, Anwar memberitahu, Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham membabitkan Azam akan siap minggu ini.

Menurutnya, beliau akan meneliti terlebih dahulu laporan berkenaan sebelum memutuskan tindakan lanjut termasuk sama ada siasatan mengenainya perlu dilanjutkan.

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, buat masa ini, terlalu awal untuk memutuskan cadangan mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pemilikan saham Azam berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI