Lata Ulu Chepor ‘sesak’ akibat cuaca panas

IPOH – Lata Ulu Chepor di sini antara lokasi pilihan orang ramai dari dalam dan luar Perak untuk bermandi-manda susulan cuaca panas yang melanda negara sejak beberapa hari lalu.

Pengurus Lata Ulu Chepor, Aisah Talib berkata, kemasukan pengunjung ke pusat rekreasi tersebut meningkat akibat fenomena itu.

Menurutnya, cuti persekolahan dan masih ada yang mengambil peluang menyambung cuti perayaan Aidilfitri juga antara faktor orang ramai singgah di lokasi berkenaan untuk menyejukkan badan.

“Kehadiran orang ramai dilihat memberangsangkan apabila jumlah kenderaan yang memasuki kawasan itu sejak dibuka pada jam 8 pagi sudah melebihi separuh kapasiti.

“Kawasan ini boleh memuatkan kira-kira 400 kenderaan pada satu masa dan  sehingga tengah hari, lebih 200 kenderaan telah masuk.

Lata Ulu Chepor ‘sesak’ akibat cuaca panas
Pengurus Lata Ulu Chepor, Aisah Talib.

“Jika musim panas, jumlah kehadiran pengunjung boleh mencecah lebih 1,200 orang sehari sehingga menyebabkan kawasan tersebut penuh.

“Bagi mengelakkan ketidakselesaan, pengunjung terpaksa diminta berpatah balik disebabkan kekurangan ruang,” katanya.

Dalam pada itu, Aisah memaklumkan, Lata Ulu Chepor yang diuruskan oleh Koperasi Penduduk Ulu Chepor Berhad turut menerima limpahan manfaat daripada pertambahan kehadiran pelawat.

Katanya, bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap kereta dan RM1 untuk motosikal, selain 34 pondok turut disediakan untuk disewa dengan kadar RM10 sahaja setiap satu.

Beliau turut menegaskan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan, termasuk menutup kawasan lata sekiranya hujan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Cuaca Panas: Air Terjun Pilihan Sejukkan Badan Sambil Beraya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI