Laungan ‘Bangkit, bangkit, bangkit rakyat’ iringi calon PN, Abd Muhaimin

TAPAH – Laungan ‘bangkit, bangkit, bangkit rakyat’, ‘hidup-hidup, hidup rakyat’ dan ‘Allahuakbar’ mengiringi calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek sempena Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di sini, hari ini.

Abd Muhaimin, 44, mengenakan sepasang baju Melayu berbusana hijau terang diiringi pencadang dan penyokongnya di Pusat Penamaan Calon di Dewan Merdeka di sini sekitar jam 8.55 pagi.

Sebelum itu, kira-kira 1,200 penyokong berarak dari Surau As-Syakirin menuju ke lokasi berkumpul parti berkenaan di Gelanggang Futsal Komuniti Majlis Daerah Tapah (MDT) sebelum menuju ke sini sejauh kira-kira satu kilometer bermula jam 8.15 pagi.

Turut mengiringi Abd Muhaimin, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Laungan 'Bangkit, bangkit, bangkit rakyat' iringi calon PN, Abd Muhaimin
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berarak membawa calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abdul Muhaimin Malek menuju ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Merdeka Tapah.
Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

PRK DUN Ayer Kuning diadakan selepas penyandangnya Ishsam Shahruddin, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 Feb lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April, manakala undi awal pada 22 April.

Pada PRK itu, Setiausaha UMNO Hahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir diumumkan sebagai calon BN.

Manakala Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah, Abdul Muhaimin Malek, pula diumumkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya tersebut.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula meletakkan Bawani KS sebagai pencabar pada PRK tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PN ‘pertaruh’ Abd Muhaimin pada PRK Ayer Kuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI