Lebih 1,000 pelajar sertai lawatan ke Universiti AIMST

IPOH – Seramai 1,121 pelajar dan 487 ibu bapa dari komuniti India di seluruh Perak telah diberi peluang menyertai lawatan ke Universiti Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST), di Kedah, pada Sabtu lalu.

Ia dianjurkan oleh Badan Perhubungan MIC Negeri Perak di bawah pimpinan serta diketuai Pengerusinya, Tan Sri M. Ramasamy.

Menurut Ramasamy, penganjuran program ‘AIMST Our Choice’ sebagai tujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta tentang kursus serta fakulti yang tersedia di institusi berkenaan.

Lawatan pelajar ke Universiti AIMST AIMST Our Choice Pelajar India Perak Kursus di Universiti AIMST Lawatan pendidikan AIMST Program TVET dan universiti swasta MIC Perak Ramasamy
Sekitar program lawatan ‘AIMST Our Choice’ di Universiti AIMST, Bedong di Kedah, anjuran MIC Negeri Perak yang turut disertai Pengerusinya, Tan Sri M. Ramasamy.

“Pelbagai strategi diaplikasi bagi memastikan lebih daripada 1,000 pelajar yang berusia 17 hingga 18 tahun dapat menghadiri program ini dengan penuh disiplin.

“Antara langkah diambil termasuk menyebar maklumat secara meluas melalui media sosial, dan kunjungan ke sekolah terpilih.

“Malah turut diadakan sesi taklimat bersama guru dan ibu bapa bagi menerangkan kepentingan program ini,” katanya yang turut sama mengetuai lawatan tersebut.

Beliau yang juga Naib Presiden MIC berkata, program yang dianjurkan itu turut membabitkan seramai 250 ahli jawatankuasa program dari seluruh Perak.

Di samping itu ujarnya, beliau turut memberikan dorongan motivasi melalui ucapannya kepada peserta pada program berkenaan.

Lawatan pelajar ke Universiti AIMST AIMST Our Choice Pelajar India Perak Kursus di Universiti AIMST Lawatan pendidikan AIMST Program TVET dan universiti swasta MIC Perak Ramasamy
Sekitar program lawatan ‘AIMST Our Choice’ di Universiti AIMST, Bedong di Kedah, anjuran MIC Negeri Perak yang turut disertai Pengerusinya, Tan Sri M. Ramasamy.

Kata beliau, antara yang ditekankan adalah pendidikan merupakan perkara penting serta sebagai pemangkin kepada kejayaan dalam kehidupan dan pembangunan komuniti.

“Pelbagai maklumat penting telah dikongsikan kepada para peserta bagi meningkatkan minat mereka terhadap kursus-kursus yang ditawarkan di Universiti AIMST.

“Antara kursus yang ditawar di sini seperti program sijil, asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.

“Pada masa sama, penjelasan mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut diberikan kepada peserta,” ujarnya lagi.

Selain itu Ramasamy turut menzahirkan penghargaan kepada Canselor Universiti AIMST, Tan Sri Dr SA Vigneswaran dan Naib Canselor, Datuk Seri M Saravanan atas sokongan yang diberikan kepada penganjuran program. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Institut Madina bakal ubah landskap pendidikan di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI