Lebih 22 juta terima SARA RM100 mulai hari ini, kategori sejuk beku ditambah

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua kepada lebih 22 juta pemegang MyKad mulai hari ini.

Dengan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion, warganegara Malaysia dewasa dapat memanfaatkan kredit one-off RM100 SARA untuk semua sehingga 31 Disember 2026, kata Kementerian Kewangan.

Dengan SARA untuk semua, isi rumah berpeluang menerima bantuan berganda bergantung pada bilangan ahli dewasa yang layak.

Sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, isteri serta dua anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM400 kredit SARA untuk semua secara keseluruhan — tidak termasuk bantuan SARA Bulanan jika berkelayakan.

Menurut Kementerian Kewangan, mengambil kira maklum balas rakyat, kerajaan juga telah melaksanakan beberapa penambahbaikan untuk meningkatkan kemudahan dan fleksibiliti pembelian.

Kerajaan bersetuju untuk meluaskan kategori barangan SARA untuk merangkumi makanan sejuk beku, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 15 kategori barangan asas.

Jelasnya, penambahan kategori makanan sejuk beku turut meningkatkan jumlah barangan yang layak dibeli menggunakan kredit SARA kepada 140,000 jenis barangan.

“Selaras dengan Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Datuk Seri Anwar, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan penyertaan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA kepada 10,000 kedai menjelang hujung tahun 2026, manakala jarak kedai runcit terdekat dikurangkan daripada 10 kilometer kepada 7 kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh menyemak status pengkreditan dan soalan lazim (FAQ) berkenaan SARA untuk Semua melalui portal rasmi SARA https://sara.gov.my.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan mengingatkan rakyat agar berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, sebagai langkah keselamatan, Kementerian Kewangan tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp, dan penerima disaran merujuk hanya kepada portal rasmi STR bagi sebarang maklumat terkini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI